Wednesday, March 24, 2010

Berprinsip serta fleksibel itu juga perlu ada pada seorang Dai’e

Dalam beberapa tahun yang lalu diuji kepada saya untuk menghafaz ciri – ciri khusus Islam dalam suatu pengisian berbentuk latihan fizikal yang menyimpan seribu cerita kenangan. Bersungguh – sungguh ketika itu yang kadang – kadang masih pening untuk memahami ciri – ciri tersebut di kala itu.

Namun ciri –ciri ini sebenarnya adalah perbedaan antara dunia Islam dan agama – agama yang lain dalam menjalankan semua aspek kehidupan setelah difahami.

“ Emmmh,ni la yang aku dok hafal – hafal dulu ni ” terlintas di benak pemikiran seketika dahulu setelah diterangkan apa itu ciri khusus Islam oleh sahabat –sahabat dalam waktu yang lainnya.

Sebagaimana yang termaklum, terkandung didalam ciri – ciri khusus Islam itu ada enam iaitu Rabbaniyah, Syumuliyah, Alamiyah, Waqiiyah, Inqilabiyah dan Thabat wa murunah. Secara umumnya ciri – ciri khusus Islam ini ingin menyatakan doktrin asas secara amnya Islam serta menggambarkan perihal Islam dalam kehidupan dan juga ia adalah hal pokok yang tidak terdapat pada agama – agama yang lain.

Ia sebenarnya bukan sekadar pada gambaran Islam sahaja, akan tetapi kita juga perlu bercirikan tetap dan bersesuaian iaitu atas nama seorang pendakwah.

Berprinsip dan Fleksibel

وَالَّذِينَآمَنُواْوَهَاجَرُواْوَجَاهَدُواْفِي سَبِيلِاللّهِوَالَّذِينَآوَواْوَّنَصَرُواْأُولَئِكَهُمُ الْمُؤْمِنُونَحَقًّالَّهُممَّغْفِرَةٌوَرِزْقٌكَرِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan

(kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezki (nikmat) yang mulia.

(QS. 8:74)



Tumpuan perkongsian kali ini terarah kepada satu ciri iaitu thabat wa murunah yang bermaksud berprinsip dan fleksibel. Sebagaimana ayat diatas menyatakan perubahan itu dituntut tanpa menjejaskan asas syariat Allah.

Maka persoalan pendekatan dakwah perlu selari dengan zaman, waqi’ dan suasana tanpa menjangkau batas – batas yang Allah tetapkan. Teringat ketika di Darul Quran ketika mempelajari Metodologi Dakwah yang diajar oleh Ustazah Nursyidah semasa semester 3 yang terkandung metode dakwah kepada masyarakat. Iaitu kepelbagaian dalam seni berdakwah dititik beratkan supaya mad’uk dapat menilai Islam itu sebagai fitrah. Dalam bidang fiqh juga ada dijadikan sandaran hukum sebagaimana yang dipelajari oleh mahasiswa jurusan Fiqh wa usul. Yang hukumnya anjal atau tetap namun pada pelaksanaannya bersesuaian sebagai contoh diambil.

Dai’e dan kefleksibelannya.

Dalam apa jua peringkat pun apabila bercakap tentang berdakwah, tetap dan fleksibel itu sudah menjadi kemestian dalam era globalisasi ini. Samada kita mahasiswa, pimpinan, pekerja kilang, pengawal keselamatan dan sebagainya, apabila terlintas pengisian hidup itu dengan dakwah atau kata lainnya ingin melihat manusia kembali kepada Allah perlulah tepat dalam menyampaikan Islam.

Jadi fleksibel kita bukan tertumpu pada kuliah sahaja namun sekecil – kecil perkara pun ada sumbangannya. Hatta kita diarahkan untuk mengutip derma sebagai contoh. Kita bersedia untuk terjun dalam memberi tenaga.

Sewaktu kita di alam kemahasiswaan, kita boleh diletakkan dimana – mana tempat dalam menyumbang kepada Islam. Begitu juga ketika di atas sekalipun, kita boleh menyumbang walaupun sumbangan itu kebiasaannya dilakukan oleh orang lain.

Teringat perkongsian dari sahabat saya yang masih menuntut di Jamiah Urduniyah di Amman menyebut tentang fleksibel kita sebagai dai’e. Kemana pun kita dicampakkan dan dan ditugaskan pun boleh sahaja dan tanpa kekok dan payah. Teringat beliau tentang akhlak seorang pimpinan kedua tertinggi gerakan Islam Us Hj Syukri Hassan. Walaupun beliau seorang pimpinan namun kadang – kadang pada setiap petang beliau akan membersihkan halaman Markaz Tarbiah Taman Melewar pada tahun 90an.

Ini menunjukkan dimana – mana sahaja pun ,kita dapat sesuaikan diri hatta diminta untuk menjual air ketika ceramah ataupun menjaga laluan perjalanan kereta yang lebih dikenali sebagai Unit Amal. ( Institusi Unit Amal dewasa ini sudah ke medan yang sangat membanggakan sebenarnya – sekadar tambahan )


Mungkin apabila pulang dari Jordan,kita dikerah seketika untuk bertugas pada bidang ini..

Jadikan bidang yang mustahil namun melihat akan keperluan dakwah sangat bernilai!

Keperluan zaman yang serba tanpa sempadan ini memang dijana sebaik mungkin dalam hidup berdakwah terutama bidang – bidang yang jarang diisi oleh umat Islam. Bukan segalanya kita perlu mengisinya pada maksud saya, tetapi mengkaji dan mengetahui sekadar umum yang masyarakat berlegar – legar tentangnya supaya kita tidak digelar “ ustaz kelambu jumud dan tak update dengan perkembangan terkini ”.

Pengkhususan bidang yang dinilai dalam diri masing – masing hasil kebolehan yang mendalam juga adalah fleksibelnya kita dalam memikirkan masa akan datang. Dari kebolehan itu diterjemahkan ke minda masyarakat yang sudah lari dari syariat Allah. Matlamat akhirnya setelah di puncak bidang adalah mengembalikan manusia kepada Allah serta melaksanakan syariat Allah di muka bumi ini.

Seperti mana diketahui bahawasanya terdapat 500 jurusan PhD yang semuanya adalah rakyat Palestin yang bergelempangan d serata dunia pada ketika ini. Samada bidang professional ataupun jurusan agama. Ini menunjukkan status itu penting dalam misi dakwah kita yang begitu mencabar.

Ia juga menunjukkan keperluan ke peringkat tertinggi bukan sekadar ada sahaja dalam beberapa kerat tetapi terdapat maslahat yang lebih besar ingin dicapai demi Islam.

Kesan dakwah hasil fleksibel kita

Kata – kata yang diungkap oleh Us Saifulislam.com yang menyebut ketika membentangkan kertas kerja beliau pada Persidangan Tahunan Mahasiswa se – Jordan yang diadakan pada 13 Feb lalu.

“ kesan pada mad’uk yang tidak menerima dakwah kita mestilah pada cahaya hidayah itu tidak menemui, dan bukannya silap rencana pendekatan dakwah yang dirancang ” ujarnya penuh bersemangat.

Jelas thabat dan murunah kita dalam berdakwah begitu penting untuk diperincikan terlebih dahulu sebelum menemui dan berhadapan dengan masyarakat yang begitu intelek mindanya. Persiapan selengkapnya adalah jawapan kepada realiti yang sebegini.

Umumnya status apa jua pun kita, kita mampu untuk tatbiqkan dalam hidup seharian berdasarkan ilmu serta perngalaman yang ditempuhi sewaktu belajar dahulu.

Satu garis kata – kata yang boleh dikongsi untuk akhirnya adalah “ situasi dan keberadaan dimana – mana sekalipun kita hinggapi, potensi untuk memberi sepenuh kasih sayang demi Islam jua akhirnya niat pertama kita puncakkan ”. Dijadikan kalam perangsang kepada diri anda dan juga saya sebagai buah akhirnya.

Wallahu Taala A'lam


Wednesday, March 17, 2010

Hebatnya arahan kefardhuan solat

Samada anda sudah berumur sesudah baligh ataupun meningkat dewasa termasuk veteran, apabila soal muslim mukmin, tidak terlintas untuk mempertikaikan kefardhuan solat itu ataupun menyangkal secara keras perkara pertama dalam rukun Islam ini. Ia arahan yang qat’ie dan wajib untuk dilaksanakan.

Persoalannya, kita bersolat itu kategori orang awam ataupun seorang muslim yang berilmu yang peringkat amalannya mestilah ada lebih sedikit berbanding dengan amalan orang awam. Bagi saya, boleh dikatakan agak malu seandainya peringkat orang awam itu belajar kemudian lebih baik berbanding golongan yang disebut agamawan. Khususnya kita sebagai mahasiswa Islam. Sepatutnya sifat inginkan yang terbaik hidup dalam kamus muslim itu kerana syurga hanya layak untuk orang yang terbaik.

Bukan niat saya pada entri kali ini tertumpu kearah itu, namun sekadar renungan bersama.

Kunci segala amalan.

Kita sudah acap kali dan sering diberitahu tentang soalan pertama yang akan ditanya kelak adalah bagaimana solat kita di dunia oleh Khaliquna ketika di padang Mahsyar nanti. Ia diumpamakan kunci rumah bagi seseorang yang ingin memasuki rumah tersebut. Maka soalan tentang solat ini, kunci bagi segala amalan kita sebelum segala amalan lain disoal.

"أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ عَلَيْهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ الصَّلَاةُ، فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَنَجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَ خَسِرَ"

"pertama seorang dhamba dihisab pada hari qiyamat adalah sholat, maka jika baik (mengerjakan sholat) maka akan beruntung dan selamat, dan jika buruk (tidak mengerjakan sholat maka sungguh dia gagal dan merugi". (HR. Bukhori: 540 dan Muslim:1005)

Sinikifiken solat itu sendiri

Agungnya perintah kefardhuan solat itu boleh kita ambil sebagai mana perjalanan peristiwa agung Umat Islam iaitu Isra’ Mi’raj. Termasuk satu – satu perintah Allah yang diwajibkan ke atas umat Islam yang Allah sendiri turunkan kepada Junjungan besar kita Nabi Muhammad sallahualaihiwassallam. Ia juga dinyatakan dalam Surah pada Juzu’ pertengahan yang memperihalkan peristiwa ini.

Seperti yang kita ketahui, sorotan perjalanan Isra’ Mi’raj bermula dari Masjidil Haram yang hati Baginda Nabi Muhammad sallahualaihiwassallam dicuci untuk kali yang kedua selepas pencucian untuk kali pertama ketika Baginda diasuh oleh Halimatus Sa’diah.

Kita melihat bagaimana salah satu cabang lain pada peristiwa ini bahawasanya arahan solat ini begitu tinggi nilaiannya. Dimana untuk bertemu dengan Sang Pencipta disamping itu arahan kefardhuan solat sangat berkualiti.Kemudian ke Masjid al-Aqsa yang mengambil perjalanan 40 hari 40 malam untuk sampai di Masjid al-Aqsa. Kemudian Baginda mengimamkan solat yang makmumnya adalah para anbiya’ terdahulu. Kemudian Baginda menaiki buro’ dan terus ke Sidratul Muntaha bertemu dengan Tuhan Yang Maha Agong.

Ringkasnya…

Dengan beberapa kali Nabi bertemu para Nabi – nabi untuk menyatakan jumlah kefardhuan solat yang Allah turunkan sebanyak 50 kali waktu sehari pada awalnya. Hasil simpati Para Anbiya’ yang melihat menyatakan ummat Nabi Muhammad adalah tidak mampu dengan bilangan solat fardhu seharian. Setelah berkali – kali dan yang akhirnya, arahan 5 kali waktu solat seharian ditetapkan.

Solat kita bagaimana?

Hadith yang masyhur juga menyebut

"صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ"

"Sholatlah kalian seperti apa yang telah kalian lihat aku sholat". (HR. Ibnu Hibban: 1658)

Memang kita tidak mampu untuk mengikut satu persatu bagaimana perjalanan Nabi Muhammad bersolat. Namun kita perlu berusaha kearah solat kita ini seakan seperti mana solat Baginda.insya Allah.

Memang ia kunci di akhirat kelak

Kita juga sudah didedahkan dengan pertanyaan tentang solat yang diletakkan sebagai kunci sebelum pertanyaan amalan seterusnya. Pertamanya untuk diri saya sendiri dalam soal solat ini. Kesan pada kehidupan seharian ada maknanya.

Jadi, Solat dengan akhlak lain ke? Atau kepimpinan dengan akhlak lain juga ke?

Allah Subhanahu wa Taala berfirman yang maksudnya :

"Dan Dirikanlah sholat. Sesungguhnya sholat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar". (QS. Al 'Ankabuut [29]: 45)

Umur sudah menjangkau 24, 25 tahun dan seterusnya dalam baki umur hidup ini. Selama itu lah kita sudah bersolat dan terus bersolat. Namun solat itu tidak diterjemahkan hasilnya ke dalam akhlak masing – masing. Hanya solat sahaja berpanjangan. Soal ini bukan hanya pada orang awam tetapi ia ditujukan kepada golongan agamawan ataupun mahasiswa Islam.

Maka solat juga memainkan peranan penting dalam akhlak kita seharian seterusnya dapat bersama - sama mencegah ataupun mengubah perkara mungkar. Jadi solat itu akan menjadi nadi hubungan kita dengan Allah lalu akan timbul seharian itu pada cerminan akhlaknya. Tidak lain tidak bukan kualiti solatnya.

Surah al –Mau’un telah menjelaskan celakalah bagi seseorang yang lalai dalam sebahagian solatnya. Yang juga pada solat tedapat sifat riak dan sebagainya. Semoga kita dijauhi sifat – sifat tersebut.

Oleh yang demikian, sama – sama kita tingkatkan kualiti dan mutu solat kita sebelum kita disolatkan dengan empat takbir sebagai solat kita terakhir dengan alam dunia ini. Akhir kalam, musyarokah ini khususnya kepada jari yang menaip dan ditujukan kepada sidang pembaca.

Wallahua'lam bis Sowab