Rupanya di Mu’tah pun ada perkampungan Melayu.

Sunday, November 29, 2009

Walaupun ada idea ataupun artikel yang berlegar dalam kepala saya, namun tempoh 3 minggu itu sudah terasa masih wujudkah saya dalam penulisan alam maya. Emmmmh.
Aidiladha 1430H
Ini merupakan raya yang kedua saya lalui setelah hari raya Aldilfitri bagi tahun 1430H. dan pada tahun ini juga hari raya Aldiladha disambut berbeza dari kampong saya. Mana tidaknya dari pagi sampai ke petang ditambah hari ini semuanya menjamah daging lembu.
Seingat saya di Malaysia tidaklah sepanjang hari samada 10 ataupun 11 Zulhijjah saya menjamah daging korban sahaja. Tapi di bumi Mu’tah keadaannya menjadi begitu dan akan begitu.
Seperti mana kita ketahui bila jatuhnya 10 Zulhijjah itu pada hari Jumaat maka ia dipanggil Haji Kubro. Sehingga berbagai pendapat ulama’ menyatakan solat Jumaat itu dihazafkan jika solat Hari raya jatuh pada hari Jumaat dengan hujah masing - masing. Mungkin hujah itu dikemudiankan sebagai perkongsian kenapa menjadi begitu.
Ceritanya disini adalah berdasarkan tajuk yang ingin dikongsikan.
Paginya di Masjid Abdullah Bin Bass yang kejauhan dari kebanyakan buyut tullabun al-Maliziyyun, kesayuan alunan gema takbir juga melibatkan pelajar Malaysia serta beberapa pelajar Indonesia dan Thailand sentiasa memerdukan dan menyahdukan dimana seolah – olah sudah menjadi tradisi alunan sebegitu dimana – mana atas muka bumi ini rakyat Malaysia berada. Seperti mana tahun – tahun sebelumnya solat hari raya bermula pada pukul 8 pagi diikuti khutbah yang dsampaikan Tuan Presiden Permata Ustaz Amirudddin bin Ibrahim.
Sebelum salam ukhwah dan bersurai, ucapan Pengarah bersama Us Hazmi Hanipa serta Ustaz Muhammad Hussin Mohd fauzi yang menekankan ibroh dari ibadah korban yang kita sambut menyelangi atur cara majlis. Foto kenangan menyambut hari raya diperantauan tidak dilepaskan. Dan menjadi kewajipan bagi kami disini.








Sebahagian Pelajar Malaysia Mu'tah di Aidiladha 1430H

Petangnya,
“ Rasa doh kito ni kat Malaysia, tak sangka ramai mari..” sapa Us Hazmi ketika melihat teman – teman lain sibuk melapah lembu yang telah ditumbangkan dalam beberapa ketika di Bait Dimasyq yang menjadi venue sambutan hari raya Aidil Adha Permata tahun ini. Kerana ruang dan lokasi bagi majlis sebegini memang tepat.
“ Yolo tu us hazmi..terasa benar di gua muse. “ balas sahabat disebelahnya sambil gelak tawa sahabat – sahabat yang lain dengan buah lawak menambahkan suasana harmoni dan riang.


Fasa terakhir sebelum dimasukkan ke dalam kawah.

Maksud saya bukan ada perkampungan orang Melayu di medan yang dahulunya menjadi ruang peperangan Mu’tah tetapi umpama itu lebih dekat saya fikirkan untuk digunakan dalam entri kali ini. Memang tidak dinafikan pelajar Malaysia Mu'tah memang ramai sehingga mencecah hampi 1000 pelajar sekitar tahun 90an. Ia merosot secara mendadak ketika mana krisis ekonomi dunia pada tahun 1997/98 lalu ramai mengambil keputusan untk pulang. Ini termasuk pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Jordan akan berfikir dua kali akibat desakan kewangan yang memerlukan.
Mana tidaknya, hampir semua pelajar Malaysia Mu’tah turun berperang bagi menumbangkan dua ekor lembu yang saya fikir memang luar biasa besar saiz badannya. Dengan kuantiti yang ramai, dua ekor lembu serta seekor kambing untuk aqiqah itu selesai dilapah dan siap dibungkus pada jam 6 malam untuk diagihkan.
Dengan kerja kuat Unit Persegaran untuk menyiapkan sambil dibantu teman – teman bait Dimasyq bagi menu – menu untuk dihidangkan pada keesokan harinya diteruskan. Lima menu yang akhirnya disiapkan siap pada jam 8 pagi setelah 14 jam bersengkang mata agar majlis berjalan lancar. Alhamdulillah.
Hasil perbincangan dalam mesyuarat yang lalu memutuskan pukul 10 pagi sehingga 1 petang adalah bagi pelajar akhawat dan pukul 2 petang sehingga 4 petang pula untuk tetamu dari syabab.
Dengan jemputan pegawai kedutaan serta ketua MSD Haji Sulaiman Bin Ismail sekeluarga menambah seri majlis raya semalam tidak dilupakan. Tak lain tak bukan yang kami anggap sebagai bapa kami di bumi Urdun yang tidak lekang dari senyuman bagi sesiapa yang mengenalinya.
Bila merantau di perantauan, ukhwah itu lebih dekat dan realistik.
Gambaran ikatan ukhwah itu dibuktikan dengan masing – masing bersembang dan bergelak tawa antara pelajar – pelajar Malaysia. Jadi, majlis sebegini akan mengeratkan pelajar Malaysia yang dikenali kumpulan minoriti di bumi Mu’tah. ( jangan jadikan waktu makan sahaja ukhwah itu dibina, kerana dalam seharian bermu’amalah itu adalah ukhwah yang berpanjangan walaupun tanpa disertai sesi makan ).
Kerja – kerja akhir sudah diselesaikan pada jam 7 malam dengan muka – muka keriangan walaupun wajah keletihan itu bakal diterjemahkan ketika rebahnya jasad di atas tilam akibat seharian bekerja.
Firman Allah s.w.t:
“Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Anaknya menjawab: “ Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari kalangan orang yang bersabar” as-Saffat; 102
Alakulihal, harapan kita semua adalah apa yang dilakukan mendapat ganjaran dan dikira sebagai amal soleh disisiNya. Roh pengorbanan yang dilakukan dimana Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya Nabi Isma’il a.s itu setelah mendapat ilham melalui mimpi daripada Allah akan menyerap ke seluruh hati kita terutama kita sebagai pelajar Muslim dan lagi utama kita ADALAH SEORANG MUSLIM.
Komen anda adalah satu buah penambahbaikan admin.
Wallahua'alam bis sowab

Muslim hakiki dan Nasrani hakiki

Thursday, November 5, 2009

Kita terfikir kerana naluri sensitiviti terhadap masalah ummat yang kian meruncing menerjah dalam sanubari kita.
Kita selaku Muslim digerakkan oleh seseorang ataupun sesiapa yang prihatin akan keadaan sekeliling bahawa ummat dahagakan tenaga kita.
Kita juga didedahkan dengan panduan hidup iaitu al - Quran tentang bagaimana perjalanan muslim yang hakiki.
Kita sudah melangsaikan bacaan kalamullah agung setiap pagi ditambah lagi setibanya malam menyelimuti kita.
Akhirnya kita yang bagaimana?

Dalam al- quran telah lantang menyebut yang berbunyi :
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Pandanglah hati kita ke zaman yang penuh dengan fitnah dan dugaan ini ditambah usaha pihak Yahudi yang dari dahulu hingga ke saat ini,tidak akan henti – henti ingin melenyapkan ummat Islam. Dan paling jauh matlamatnya adalah melenyapkan syiar Islam dari muka bumi Allah S.W.T. Allah telah rungkaikan pada ayat yang saya nyatakan di atas dengan menegaskan betapa puak Yahudi yang tidak akan henti – henti memusuhi Islam.

Nasrani dan Yahudi

Dalam buku yang sempat saya belek misalnya Gerakan Freemasonry yang dikarang oleh finalis yang hebat iaitu Hj Nik azran Muhamed dan Hj Mohd Mahadi. Apa yang beliau lihat dalam kajian beliau adalah gerakan bawah tanah ini dibawa masuk untuk diterapkan ke dalam gerakan kebangsaan yang dibentuk. Gerakan – gerakan seumpama ini menyusup masuk dan menjadi tulang belakang kepada Gerakan – gerakan yang bersifat kebangsaan.

Secara zahirnya dan batinnya.

Kehadiran mereka bukan dengan taring yang jelas tarpampang di depan mata kita tetapi begitu halus dan teliti sekali. Malah perancangan jahat ini memakan masa yang lampau. Slogan – slogan yang dibawa masuk pada zahirnya menampakkan mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib bangsa tetapi kita teliti sedalamnya dan hakikatnya mengandungi agenda musuh Islam yang berperancangan.

Itu Nasrani serta Yahudi hakiki.

Ia telah dinyatakan pada ayat di atas. Mereka tidak akan henti – henti sehingga kita menyelusuri kehidupan, lorong yang mereka lalui dan akhirnya kita sebenarnya sudah berada dalam lorong itu tanpa kita sedari.

One Order : slogan yang sudah dirancang.

Bagaimana pekara paling utama yang menjadi nadi dalam dunia globalisasi yang menjadi aset gerakan ini iaitu menguasai ekonomi yang dalamnya mempunyai perniagaan yang luas ruang lingkupnya.

Kenapa ekonomi ?.
Kerana hampir 70% perniagaan di dunia ini ditakhluk oleh gerakan yahudi, samada pemakanan, pakaian,badan – badan organisasi, senjata, perhotelan, perfileman dan sebagainya. Dengan ekonomi dikuasai maka perjalanan ataupun perancangan itu lebih dekat untuk diselenggarakan. Seluruh ummat di atas muka bumi ini bermu’amalah serta menjalankan urusan perniagaan dalam semua yang dinginkan.

Oleh yang demikian, ekonomi ini akan dijadikan tempat atau pusat kepada seluruh manusia melaluinya. Lebih mudah kita umpamakan ekonomi ini seperti tiang pokok. Dan tiang pokok ini dikuasai sepenuhnya gerakan Freemasonry, lalu dahan itu diumpamakan sebagai penduduk dunia yang lain yang menampung pada pokok untuk terus hidup dan memahatnya. Itulah yang saya maksudkan dalam apa yang berlaku pada hari ini.

Perjalanan misi gerakan ini bukan berlaku setelah semuanya sudah berfikir atau sudah baligh. Tetapi sejak anak itu di dalam kandungan lagi. Beberapa penekanan kepada anak tersebut agar pemikiran serta penguasaan ekonomi itu direalisasikan.

Kita?

Sebenarnya sudah terpampang dalam al –Quran bagaimana seseorang Muslim yang hakiki lalu diterjemahkan dalam kehidupan. Sekarang masa sudah terlambat untuk berlengah malah masatidak mengizinkan.
الواجبات أكثر من الأوقات

Tertib dalam kita menjadi muslim yang hakiki.

Dalam kita hendak mencapai kembali misi yang jauh iatu mengembalikan Khilafah Islamiah. Kita telah ditekankan oleh naqib kita perjalanan lima peringkat yang akhirmya misi yang hilang itu kembali.

Fardhul Muslim
Baitul Muslim
Mujatama’ Muslim
Daulah Islamiyah
Khilafah Islamiah

Satu peringkat ke peringkat seterusnya inilah yang bakal dilalui oleh para pejuang dan dai’e tersebut. Bagaimana kita hendak menggapai misi yang ketiga (Mujatama’ Muslim) sedangkan misi pertama tidak disempurnakan. Bukankah itu olok –olok dalam hendak mencapai misi besar ini setelah peringkat itu digenggam.

Lalu asas kita sebagai muslim itu perlu sempurna serta hakiki. Setiap yang kita lalui nanti memang muslim hakiki yang ingin dicapai. Cuma peranannya nanti sudah berubah mengikut suasana pada ketika itu. Persoalannya
...
Kita di peringkat fardhul muslim bagaimana? Atau sekadar lima rukun Islam sahaja sudah cukup untuk kita menyatakan saya sudah mengerti apa ertinya muslim hakiki itu. Atau sekadar turun ke usrah – usrah sahaja sudah digelar muslim sejati atau alar kadar sahaja daie itu kesimpulannya.

Menjadikan thaqafah itu satu keperluan yang bukan mubah tapi yajibu ‘alaina. Ini yang naqib saya ( abg Yusuf as - Siddiqi tekankan ketika kami berusrah dahulu di Darul Quran.

“ Antum bukan setakat ilmu di dalam kelas sahaja untuk dikhadamkan malah ilmu manzhuri juga diitekankan dalam antum mengaji di bumi Syam ini. “ nasihat berharga Ustaz Nik Zawawi yang kami anggap murabbi in progress sewaktu menziarahi rumah kami pada minggu lepas.

Ilmu maqruah & ilmu manzurah

Selalu kita kendalikan dan khatamkan setiap hari idipanggil ulum maqruah. Jangan dilupa ulum manzurah yang kita tidak boleh kesampingkan dalam meniti jalan dakwah ini. Lebih – lebih lagi zaman yang kita bakal tempuhi bukan lagi seperti tahun 50an ataupun 80an, Tetapi zaman yang segalanya sudah berfikir dan berfikiran dari luar batasan tanpa kita jangka.

Ulum manzurah misalnya tentang Islam mengharamkan poliandri dan menggalakkan poligami, kenapa perempuan sahaja bertudung, bagaimana kesamaan saksi,persoalan politik Islam, berkenaan orang non Muslim yang ingin bernaung dengan gerakan Islam dan banyak lagi persoalan yang non muslim rungkaikan. Segalanya memerlukan pengalaman dalam kita berhadapan dengan mad’uk agar jawapan kita itu memberi salah satu faktor Islam diterima.
Setelah asas yang kukuh itu kita bina dan pacakkan dalam diari hidup ini, maka peringkat yang seterusnya akan terlaksana dengan suatu jaminan yang penuh keredhaan Allah.
Apabila tiba suatu masa Islam mencapai kemenangan yang yang besar ataupun daulah islamiah itu, cuma bertahan hanya beberapa hari ketika sahaja. Seperti kata pepatah “ jangan jadikan buah pisang itu berbuah dua kali “.

Muslim hakiki atau bagaimana kita setakat hidup di bumi Allah ini.

Persoalan ini saya tinggalkan untuk teman – teman dan paling utama kepada insan yang dhoif ini. Yang paling hampir sekali dengan kata – kata yang telah disampaikan.
Yakinlah Islam tetap akan menang!


Wallahua'alam bis sowab

Lapan minggu yang mengerah kudrat lebih demi ilmu.

Thursday, October 29, 2009



Alhamdulillah saya diberi kekuatan untuk mengisi ruangan blog saya dengan penyampaian yang bagi saya sudah lama ditinggalkan. Hasil cebisan itu, saya kerahkan agar penulisan itu tidak seperti kata – kata pepatah “ ingatkan panas sampai ke petang, rupa – rupanya hujan di tengahari ". itulah yang biasa berlaku pada blogger yang hangat di muqaddimahnya namun tenggelam timbul pada episod yang seterusnya. Macam tembak pada tuan punya blog je?

Saya kongsikan dengan satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : barang siapa yang mencari jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkannya untuk sampai ke syurga. Riwayat Bukhari.

Fasa sebulan yang sudah dilalui.

Kini saya sudah melangkau fasa sebulan dalam jihad menuntut ilmu di bumi Syam ini. Banyak yang dilalui dan dipelajari walau baru sebulan jagung saya merantau. Ia dalam fatrah proses yang biasa dilalui saya sebagai pelajar baru.
Masih dalam proses memahami bagi madah – madah yang diambil.

Memang memerlukan masa untuk saya serta teman – teman yang shobahi ( pelajar bagi 4 tahun ) untuk menangkap,memahami setiap kata – kata pensyarah. Lagi memeritkan andai pensyarah itu tidak boleh untuk berbahasa fushah tetapi menyampaikan dalam bahasa ‘ammi. Kedua, bagi pelajar yang masih belum mahir berbahasa arab, ia juga memeningkan dan menyusutkan kepala pada ketika ini.

Kalau hendak madunya, berperang dengan lebah itu menjadi satu keperluan untuk merasai madunya yang manis. Begitu jua saya, ia pasti memerlukan usaha yang berlipat kali ganda. Samada proses pembelajaran dalam kelas ataupun mu’amalah dengan masyarakat arab.
Sistem Akedemik pengajian Universiti Mu’tah yang saya lalui.

Jami'ah Mu'tah Karak Jordan

Secara ringkasnya yang saya boleh nyatakan adalah bukan sekadar dua kuliyah sahaja yang terdapat di sini tetapi terdapat 12 kuliyah. Dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memperakui serta mengiktiraf hanya 2 kuliyah iaitu Kuliah Adab dan Kuliah Syariah Islamiah. Majoritinya pelajar kita mengambil jurusan Kuliyah Syariah.

Perlaksanaan pula bagi setiap tahun pengajian terdapat tiga fasal ( semester ) iaitu dua fasal ijbari (waib ) dan satu fasal ikhtiyari ( pilihan ). Kebiasaannya yang fasal ijbari pada fasal awwal yang berjalan selama ( 4 bulan,musim sejuk oktober – januari ). Manakala fasal thani pula, juga sama 4 bulan tetapi dalam musim bunga bulan ( Februari – Jun ). Fasal ikhtiyari pula dilaksanakan dalam musim panas selama 2 bulan ( Julai – Ogos ).

Selama 130 jam kredit, anda wajib habiskan sebelum anda layak digelar graduan Universiti Mu’tah. Ia berbeza dengan Universiti di Negara lain seperti Mesir, Morocco dalam melaksanakan sistem pengajian yang dilihat beberapa aspek.
Gambaran penuh disini sedang rancak saya dibentangkan.

Rasanya sudah banyak perkara yang saya ketahui. Cuma ia hanya cebisan sahaja berbanding abang – abang yang sudah berada 3 tahun dan lebih dari itu yang berpengalaman kehidupan disini. Dengan perkongsian yang tidak henti diberikan kepada saya dan teman – teman. Sedikit sebanyak ia memudahkan beberapa urusan mu’amalah dan sebagainya.Masih terlalu awal bagi saya.

Pusat Perpaduan

Bukan sekadar pengiktirafan mantiqah Mu’tah bergelar mantiqah perpaduan. Malah layanannya yang first class kepada sesiapa yang menziarahi bumi Mu’tah. Mungkin itu kelebihannya yang sudah masyhur di seluruh Jordan dalam tahun kebelakangan ini.

Akhlak pelajar kita itu bagaimana? Keresahan yang saya alami untuk muhasabah bersama.

Di Malaysia lagi saya sudah mengikuti ditambah saya kagum dengan perkembangan pelajar yang merantau di bumi orang khususnya Mu’tah. Cerita sebaliknya jua tidak lekang dari telinga saya yang agak mengejutkan.

“ Seribu satu perangai nanti anta akan lihat “ sapa seorang senior saya yang ketika itu baru seminggu menghirup udara Urdun. Memang benar kata – kata itu.
Memang ada yang menyatakan hanya beberapa perkara kecil sahaja dan bukan perkara besar. Itu masalahnya kita sebagai pelajar Islam. Dikala ummat memerlukan kita sebagai pembawa cahaya itu tetapi sebenarnya kita adalah angin yang secara rambangnya ingin memadamkan cahaya itu. Jadi kita yang sudah arif tentang agama sudah jelas akan hakikat pelajar muslim itu bagaimana kehidupannya

Kita dipilih oleh Allah dikalangan jutaan manusia dalam misi jihad ilmu di bumi anbiya’ ini tetapi kita tidak mengsyukuri nikmat itu dengan rasa bertanggungjawab terhadap amanah ummah khususnya rakyat Malaysia.

Kita betandang ke Mu’tah untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin untuk dibawa ke tanah air kita dimana kalian adalah da’ie yang dinantikan. Tidak ada niat lain yang perlu kita hadafkan kerana ummat kita di Malaysia semakin parah lagi amarah. Semakin hari semakin jauh dari ketaatan kepada Allah s.w.t.

Jangan kita cemari barokah bumi syuhada’ ini dengan menambahkan lagi kekusutan akhlak segelintir orang arab yang boleh lihat sendiri yang akhirnya kita sama sahaja. Bezanya cuma kulit dan bahasa. Siapa lagi yang menjadi perintisnya kalau tidak jatuh ke bahu kita.Walaupun kata – kata ini tak senada dengan penulis yang dhoif lagi faqir. Tetapi sekurang – kurangnya saya mendapat sedikit ilmu untuk dikongsi sebagai tanda saya sayang pada teman – teman yang seaqidah, sekuliyah, seIslam dengan saya.

Saya akhiri dengan satu pesanan seorang ayah yang masyhur budinya sebagaimana diceritakan di dalam al – Quran iaitu wasiat Loqman al – hakim kepada anaknya. Yang berbunyi :

Dunia ini bagaikan lautan yang dalam yang mana sudah ramai mereka yang sudah ditenggelagai amknnya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalanya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanamannya.

Wallahua'alam bis sowab .