Friday, March 11, 2011

Membumikan cita - cita vol ii

Pada vol i yang lepas, saya telah berkongsi qudwah kita yang unggul dalam mencipta cita – cita dan sentiasa berusaha menggapai impian itu.

Hasil sorotan yang kita lihat peristiwa ini, mawqif kedua yang diperolehi adalah Islam itu pastmenang dan ia akan kembali ke tempat yang paling tinggi.Maka,dengan seruan akan jatuhnya kerajaan Parsi dan Rom itu pastinya Islam akan menggenggamnya nanti. Ia bukan pada qurun selepoas Rasulullah S.A.W sahaja, malah berzaman – zaman kaum muslimin bertungkus lumus untuk merealisasikan impian Utusan Allah ini.

Beginilah sirah yang dijadikan prinsip sebagai asas yang ditanam sebaiknya dalam hati para pejuang terdahulu. Ia bukan sekadar praktikaln pada zaman Rasulullah S.A.W yang para sahabat tercinta langsungkan, malah generasi ke generasi terus menyambung hingga ke hari ini.

Itulah Sunnatullah hingga hari kiamat.Tidak akan henti Sabda Rasulullah S.A.W dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Yang selalu kita ungkapkan mata rantai perjuangan, tali yang dipegang erat – erat dan sebagainya.

Sorotannya di akhir kalam ini, usaha, perancangan, idea, cambahan kotak kritikan membina, tenaga, masa, wang harta benda dan segalanya untuk Islam itu harus didasari elemen menuju kea rah matlamat yang utama iaitu membina khalifah atas manhaj Nubuwwah. Dan matlamat akhir adalah mencapai keredhaan Allah S.W.T.

" Sesungguhnya Kami telah memberikan kepada kamu kemenangan yang nyata.Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosa yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan ni'mat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus, (QS. 48:2) "

Insya Allah..Amin..Itulah yang kita impikan seperti mana Fathul Makkah Al Mukarromah ketika kgemilangan Rasulullah S.A.W yang juga kita gapai nanti.

Wa'Allahua'lam Bis Sowab.

*Maafi atas kelambatan bagi vol ii ini.Selamat berkongsi.

:)


Tuesday, February 15, 2011

Bersamamu Ya Rasulullah S.A.W.

Sahabatku, Islam sampai kepada kita saat ini tidak lain berkat jasa Baginda Rasulullah Muhammad S.A.W sebagai utusan penyampai risalah Allah S.W.T yang benar dan diredhai. Di saat di padang mahsyar, tiap umatIslam pasti akan meminta syafa’at dari baginda S.A.W dan menginginkan berada di barisan baginda S.A.W. Namun, pengakuan tidaklah cukup sekadar pengakuan. Pasti yang mengaku umat baginda S.A.W akan berusaha mengikuti jejak baginda dengan jalan mengikuti sunnah-sunnah baginda dan senantiasa membasahi bibir ini dengan mendo’akan baginda dengan cara memperbanyak berselawat kepada beliau S.A.W.

Sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah S.A.W tercinta, Sayyidina Muhammad Sholallohu ‘alaihi wa sallam hingga salah seorang isteri Rasulullah, Sayyidatina A’isyah Rodhiyallahuanha mengatakan bahawa akhlak Rasulullah S.A.W adalah “Al-Qur’an”. Tidak satu perkataan Rasulullah merupakan implementasi dari hawa nafsu baginda, melainkan adalah berasal dari wahyu Ilahi. Begitu halus dan lembutnya perilaku keseharian baginda. Rasulullah S.A.W adalah utusan yang mempunyai sifat tawadhu’ yang tiada tandingnya.

Beliau pernah menjahit sendiri pakaiannya yang koyak tanpa menyuruh isterinya. Dalam berkeluarga, beliau adalah contoh yang ringan tangan dan tidak segan-segan untuk membantu pekerjaan isterinya di dapur. Selain itu dikisahkan bahawa baginda tiada merasa canggung makan disamping seorang tua yang penuh kudis, kotor lagi miskin. Rasulullah S.A.W adalah ikon umat Islam yang paling sabar di mana ketika itu pernah kain bagindaditarik oleh seorang badwi hingga membekas merah dilehernya, namun beliau hanya diam dan tidak marah.Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika Rasulullah S.A.W mengimamkan solat berjamaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap beliau berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Selesai solat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah? Jawab RasulullahS.A.W : “Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sihat dan segar.” Berkata Umar lagi: “Ya Rasulullah, mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan? Kami yakin baginda sedang sakit”. Desak Sayyidina Umar penuh cemas. Akhirnya, RasulullahS.A.W pun mengangkat jubahnya. Para sahabat pun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah S.A.W yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah S.A.W bergerak. Para sahabat pun berkata : “Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk engkau?”. Baginda Rasulullah S.A.W pun menjawab dengan lembut : “Tidak wahaipara sahabatku. Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawabanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah SWT buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.Teramat agung peribadi Rasulullah S.A.W sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badwi tentang akhlak baginda S.A.W hanya mampu menangis kerana tak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak baginda S.A.W. Baginda diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagaipengajaran yang baik sepanjang zaman.

Sahabatku, sungguh kehadiran Rasulullah S.A.W adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia lewat segala hal yang baginda contohkan kepada umat manusia. Rasulullah S.A.W tidak menyebelahi dalam hal menghargai manusia, penuh kasih sayang, tidak pernah mendendam, malahan baginda pernah menangis ketika mengetahui bahawa balasan kekafiran adalah neraka yang menyala-nyala hingga menginginkan umat manusia untuk mengesakan Allah S.W.T. Sirah Rasulullah S.A.W banyak mencerita kesedihan baginda dalam memikir maslahah umat baginda di hari qiamat kelak. Di saat kewafatan Rasulullah S.A.W amat sedih untuk meninggalkan umatnya yang mana pada ketika itu Rasulullah S.A.W berusia 63 tahun. Kerana itulah baginda menyebut berkali-kali perkataan “ummati”, “ummati”, “ummati” . Cukup kiranya beliau yang jadi “Qudwatun Hasanah” kita umat Islam khususnya yang hari ini sebahagian sudah sangat jauh dari akhlak Rasulullah S.A.W, baik dalam tindakan mahupun perkataan yang menyejukkan. Apa yang dikatakan oleh seorang sastrawan Pakistan, Muhammad Iqbal dalam salah satu karyanya dapat kita jadikan renungan bersama dimana beliau berkata: “Barangsiapa yang mengaku umat Nabi Muhammad, hendaklah berakhlak seperti baginda (Nabi Muhammad S.A.W )”.

Dalam salah satu hadith dikatakan bahawa: “Belum beriman seseorang sehingga aku (Rasulullah Muhammad S.A.W) lebih dicintainya daripada ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia”(HR. Bukhari). Kita tidak tahu apakah nanti akan diakui Rasulullah S.A.W sebagai umatnya atau tidak kelak di hari kiamat. Namun satu yang pasti bahawa semua ingin berada di barisan beliau. maka, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengikuti akhlak beliau S.A.W semampu diri kita, sebagai ikon kita yang utama, memperbanyak ucapan selawat untuknya, membela sunnahnya, bukan malah membelakanginya (mari berlindung dari hal demikian), sebagai rasa cinta kita terhadapnya. Sabda Nabi S.A.W : “Barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 10 kali, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya sebanyak 100 kali, dan barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 100 kali, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya sebanyak 1000 kali, dan barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 1000 kali, maka Allah SWT menjanjikannya kelepasan dari seksaan api neraka.”

Sahabatku, tidak ada insan lain yang menjadi ikon mahupun Qudwah Hasanah yang melebihi apa yang ada pada diri Rasulullah S.A.W itu sendiri dan tidak sepatut bagi umat Rasulullah S.A.W di akhir zaman ini tahap kecintaan mereka lebih yang tinggi serta menjadikan kebanyakan artis sebagai ikon hidup mereka. Justeru itu, marilah kita memperbanyakan salam dan selawat kepada baginda junjungan besar S.A.W sebagai tanda rasa kasih sayang kita yang tidak terhingga yang mana dengannya kita akan beroleh Syafa’at darinya sebagai pertolongan untuk memudahkan kita ke syurga kelak di padang perhimpunan seluruh umat manusia iaitu Al-mahsyar. insya Allah…Amiin. Itulah ulang tahun yang kita sambut pada esok hari 12 rabiul Awal lahirnya Kekasih Allah Pembawa Rahmat ke Seluruh alam.

Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…

Nukilan By Team BBR 10/11

Kredit untuk PERMATA 10/11


Thursday, January 13, 2011

Membumikan cita - cita vol 1

Cita – cita dicipta berdasarkan kondisi seseorang dalam hidup individu itu. Cita – cita terlalu banyak ingin digapai dan dicapai setelah diperhalusi dan yang diinginkan. Malah ada insane yang dari dahulu sehingga sekarang cita – citanya sama. Tdak berubah umpama gunung di tapaknya. Kekal teguh tanpa perubahan.

Cita – cita juga dilihat pada persepsi seseorang itu berfikir, akhlaknya dan gaya pemikirannya. Tingkatan dalam mencapai cita – cita itu perlu tepat langkahannya. Kadang – kadang cita – cita itu andai cita yang tinggi dan tidak mampu berkeseorangan. Contohnya ingin melihat Islam itu tertegak, ingin sosio ekonomi masyarakat baik dan sebagainya. Ia tidak berkeseorangan malah memerlukan satu pasukan.

Dan cita – cita secara individu kebiasaannya tercapai samada ia bergerak secara solo ataupun faktor luar menjadi pemangkin cita – cita itu dicapai.

Saya juga mempunyai cita – cita yang ditanam dalam hati saya dalam beberapa matlamat hidup sebagai seorang Muslim. Anda juga tidak ketinggalan, cita itu ditulis mahupun dihadam dalam kotak minda anda.

Contoh qudwah dalam mencipta cita – cita.

Diceritakan dalam Kitab Sirah Ibnu Hisyam menyebut sewaktu proses penggalian gali disekeliling Madinah. Para sahabat telah bertungkus lumus untuk menyiapkan galian supaya menjadi longkang besar bagi menghalang Kamu Musyrikin menyerang kota Madinah. Dalam menggali untuk mencipta parit, terdapat satu batu besar yang tidak dapat dipecahkan sehingga bertukar orang telah menjadi penghalang malah akan memberi kemudahan kepada tentera Musyrikin. Segala peralatan telah digunakan untuk mengahancurkan batu tersebut.

Lalu Rasulullah S.A.W datang untuk membantu para sahabat setelah diberitahu permasalahan tersebut. Kemudian Rasulullah S.A.W mengambil beliung dan seraya menyebut Basmalah sambil menghentam ke batu tersebut pada pukulan pertama. “ Allah Akbar! Aku diberi kunci pembuka Syam, demi Allah aku melihat istananya yang merah menyala. Percikan cahaya merah terpancar akibat kuatnya Rasulullah S.A.W memukul.

Pada pukulan kedua, sekali Rasulullah S.A.W menghentak ke batu seraya berkata “ Allah Akbar! Aku diberi negeri Parsi. Dan aku melihat istananya putih. Pada hentakan ketiga Rasulullah bersemangat seraya bersabda “ Allah Akbar! Aku diberi kunci negeri Syam. Dan sesungguhnya aku benar – benar melihat pintu – pintu Shan’a dari tempatku ini. Ini disampaikan Malaikat Jibaril kepadaku. Sebarkanlah kepada yang lain dengan nada bersemangat dan yakin.

Cita – cita yang mustahil.

Sebagaimana dakwah dan cita itu disampaikan Para Anbiya’ dicemuh dan sebagainya, Cita Rasulullah juga tidak sama sekali ketinggalan menerima kata perli dan merendah – rendahkan impian Rasulullah S.A.W. Lalu Allah menurunkan ayat setelah peristiwa ini.

Katakanlah: "Wahai Rabb Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan engkau cabut kerajaan dari orang yang engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. 3:26)

Persoalan membumikan cita – cita ini bergantung kesedaran kita dan kepercayaan kita dalam tingkah laku kita. Sebagaimana kita melihat intisari peristiwa ini. Cita – cita yang tinggi seharusnya perlu ada pada setiap muslim. Lihat Rasulullah S.A.W melafazkan teriakan yang ketika itu keagungan dan kuasa pada kerajaan Romawi, Parsi dan Negeri Syam itu yang nampak agak mustahil dan kabur. Janji Rasulullah S.A.W itu pasti dan benar.

Kita melihat bahawasanya teriakan Rasulullah S.A.W tidak keseorangan malah semangat itu menjalar ke sanubari para Sahabat Rasulullah S.A.W dengan keyakinan yang tinggi. Hentakan itu itu bukan sekadar selogan akan tetapi ia adalah cita – cita yang tidak direalitikan secara individu. Generasi akan datang perlu bersama- sama dengan cita – cita Rasulullah S.A.W. Para sahabat telah diserap akan cita – cita seterusnya berusaha kearah itu setelah peristiwa itu. Cita – cita itu adalah cita – cita kamu Muslimin.

Teriakan itu dimakbulkan Allah setelah Jundullah bertungkus lumus untuk melihat runtuhnya keagungan kerajaan Parsi dan Romawi. Ia cita – cita dan impian. Pada dua kurun selepas itu, dua kuasa ini ditakluki oleh Islam.

Abu Ayyub Al – Ansori adalah antara sahabat yang berada disisi ketika teriakan Rasulullah S.A.W. Beliau salah seorang yang menyahut cita – cita ini. Dan telah meminta untuk dimaqamkan di kaki pintu gerbang Kota Konstantinopel dan impiannya tercapai. Masih kekal maqamnya di antara bangunan yang namanya Bandar Istanbul Turki.

Wa'Allahua'lam Bis Sowab.

Akan bersambung pada membumikan cita – cita vol 2.