Monday, May 24, 2010

Hamba dan Tuhannya

Apabila soal aqidah ataupun tauhid sudah jelas bagi kita samada kafahaman itu secara hakiki mahupun tasawwur ‘am. Lebih – lebih lagi kita selaku muslim yang menganut agama Islam dan agama Islam diisi oleh muslim. Kita muslim dikala keremajaan ataupun warga emas sudah faham akan soal aqidah. Sudah tentu kemusliman itu terpancar dari diri tersebut.

Mungkin lebih jauh akan kefahamannya akan aqidah dan jelas pada seperti mana firman Allah ini.

َوْ كَانَ فِيهِمَا ءَالِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22

Namun tumpuan disini adalah soal kita bagaimana kaitnya kita sebagai hamba dengan sang pencipta. kehidupan kita dengan Allah. Dari bangun tidur sehingga kita kembali di atas tilam pada malamnya.

Seingat saya ketika program PERTAMA 2010 pada Februari yang lalu. Ustaz Hasrizal telah menyebut dalam pembentangan kertas kerjanya satu cerita yang berkait rapat dengan persoalan hamba kepada tuhannya. Ini berlaku ke atas ustaz sendiri. Mungkin ada kekurangan dalam turutan kisah ini tetapi boleh diambil ideanya.

Ada seorang wanita yang kaya telah mengundang Ustaz untuk memberi nasihat kepada anaknya yang memang bermasalah. Antara dialognya yang saya ingat antara Ustaz dan anaknya adalah :

Wanita : “ Ok, memang banyak sebenarnya soalan yang saya simpan dan saya akan luahkan pada Ustaz. ”
Ustaz : “ Ok, silakan.
Wanita : “ Kenapa wanita perlu bertudung. Pada saya merasakan panas dan sebagainya bila bertudung – tudung ni..!
Ustaz : “ Emmm….rasanya saya tak boleh jawab soalan awak ni..mungkin soalan - soalan lain.”
Wanita : “ Kenapa perlu solat 5 kali sehari semalam?. Saya rasa ia mengganggu waktu saya dalam sehari. Terpaksa membuang masa dengan perkara ini. Payah la …mencuri waktu saya.”
Ustaz : “ Emmm….rasanya saya tak boleh juga jawab soalan awak ni..mungkin soalan lain.”
Wanita : “ Ok..Soalan lain. Kenapa tak boleh bela anjing. Apa masalahnya saya duduk bersama – sama dengan anjing.?. Saya rasa sama je ngan binatang lain. ?”
Ustaz : “ Saya rasa soalan ni pun saya tak boleh nak beri jawapannya.”
Wanita : “ Hah…yang ni tak boleh jugak.”
Ustaz : “ Tak boleh jugak. Awak ada soalan lain? ”
Wanita : “ Ok. Kan baru - baru ni ada kes seorang wanita telah dicekup di pub oleh JAIS, apa respon Ustaz. ?”
Ustaz : “ Yang ni pun saya tak boleh nak bagi jawapan yang terbaik. ”
Wanita : “ Apa ni ustaz. Semua soalan tak boleh nak jawab. Macam mana ustaz ni. Apa yang nak kita bincangkan sebenarnya? ”
Ustaz : “ Ok. Sebelum saya menjawab persoalan awak ni. Boleh saya kaitkan dahulu perkara lain. ”

Perkara inilah saya cuba kongsikan dari kata kunci Ustaz hasrizal bagaimana kita dengan pencipta kita. Persoalan kita dengan Allah. Hubung kaitnya hamba dengan Allah.

Samada warga emas ataupun remaja, hubung kait kita dengan Allah harus diteliti dan mendalam. Andai tiada kefahaman yang jitu dan salah kefahamannya maka permasalahan yang makin rumit ini akan berpanjangan. Khususnya umat Islam itu sendiri yang tertulis seorang muslim. Terutama dari sudut amalannya kepada perintah Allah.

Untuk segenerasi dengan saya samada umurnya, pemikirannya dan semangatnya, golongan seperti saya iaitu remaja inilah perlu ke satu peringkat pendekatan yang luar biasa. Ini kerana soal pengajaran tentang aqidah kepada bapa – bapa kita lain zamannya dan kita pula lain qaedahnya. Berbeza akan zaman pendidikannya. Namun kesalahan pendidikan kita ada kekuranganya. Lebih dikenali sebagai sekularisma dalam sektor pendidikan. Ditambah lagi waqi’ kita yang sangat mencabar dan menggerunkan.

Maka permasalahan sebenarnya itulah puncanya dalam perkara ini. Seperti yang diketahui umum disebut sebagai real problem. Oleh itu, halangan itu bukan pada present problem tetapi real problem. Pada hakikatnya begitu setelah kurang jelas lalu diterjemahkan melalui emosi tanpa hujah untuk melihat sesuatu itu indah apa yang terdapat pada Islam.

Apakah dia dengan Allah itu ala – ala gitu sahaja. Ataupun hubungannya itu sudah sebati dengan sifat muslim yang tersemat pada harian seseorang itu. Ataupun salah faham yang kita perolehi lalu menyebabkan timbulnya masalah kejahilan dalam beragama. Maka...

Ta’rif Aqidah itu perlu dicerahkan.

Ia diperkenalkan bukan tertumpu kepada kita menghafaz dan ketahui secara formal. Kerana berbalik kepada maksud aqidah pada bahasa iaitu عقد iaitu ikatan. Disini dinyatakan lafaz syahadah kita menunjukkan ada simpulan antara kita dengan Allah. Lebih – lebih lagi pada zaman ini yang perlu ditekankan dan diberi pengukuhan yang kuat.

Aqidah sekadar warisan ataupun kebenaran

Keadaan pertama adalah individu bukan Islam mencari Islam, belajar tentang Islam secara mendalam lalu Allah kurniakan hidayah maka lafaz syahadatain itu dipaksikan dalam hatinya. Bagaimana kehidupannnya?. Berubah seolah – olah sudah Islam setelah ia lahir ke dunia. Dan wujud ia lebih baik dari kita. Kerana apa sebenarnya. Kerana ia mencari atas dasar kebenaran yang ada pada Islam.

Situasi yang kedua ini berlaku kepada kita yang diistilahkan Islam warisan. Sudah mengenali Islam sejak 4 ke 5 tahun lagi sehingga kita dewasa dengan thaqafah Islam dan paling penting aqidah itu lebih utuh sebenarnya. Namun kehidupan kita apa natijahnya. Sama seperti mubalig atau lebih teruk nota sehariannya. Kerana ia sekadar ilmu pengetahuan dan mata pelajaran tanpa ada di hati nilai kebenaran untuk diri.

(37)وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ (36) وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 37- Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Surah Al-Zukhruf 43: Ayat 36-37).

Barangkali pada akhirnya saya tinggalkan soalan yang perlu kita sampaikan kepada sasaran kita agar ia jelas matlamat kehidupannya.

1. Siapakah tuhan pada pandangan dia? – memberi pengenalan dengan kalimah rabb yang diterjemahkan sebagai tuhan, apabila mmpercayai ia sebagai rabb maka Allah itu penjaga ,penyusun serta pentadbir dan pengatur ,pemilik sekalian alam dalam pemikirannya. Dan akhirnya baru dia sedar yang dia sebenarnya ada hubungan dengan Allah lalu mencerminkan amalannya tanpa ada rasa sangsi terhadap Islam yang dianutinya.

Zaman mutaakhir ini yang merisaukan kita.

Generasi yang akan datang itu bagaimana keadaannya. Bersyukur kerana kita masih dikurniakan sedikit kekuatan untuk lebih memahami akan perkara ini dalam tempoh zaman yang kita lalui. Semoga sedikit ilmu itu akan mampu mengharungi sisa hidup ini.

Bagaimana pula ribuan lagi masyarakat yang menghadapi cabaran yang amat ditakuti. inilah perkara yang perlu kita risaukan. Dan kita kononnya sebagai penyelamat harus bersedia dengan realiti ini dalam menyelamatkan umat manusia. Sama – sama berfikir dan praktikalkan yang akhirnya membantu agama Allah S.W.T. Dan umat manusia mengabdikan diri kepada Allah. Insya ’Allah.

p/s : Ia hasil idea ceramah yang penulis merasakan amat penting sebagai proses percambahan iman kita yang terumbang – ambing. Serta idea yang boleh membantu para dai’e sebenarnya. Maaf atas kekurangan nada ayat yang tersusun serta mungkin tersasar dari kebiasaan. Dan ianya kembali kepada diri saya yang terutamanya.

Wa'Allahua'lam Bis Sowab.