Thursday, October 29, 2009

Lapan minggu yang mengerah kudrat lebih demi ilmu.



Alhamdulillah saya diberi kekuatan untuk mengisi ruangan blog saya dengan penyampaian yang bagi saya sudah lama ditinggalkan. Hasil cebisan itu, saya kerahkan agar penulisan itu tidak seperti kata – kata pepatah “ ingatkan panas sampai ke petang, rupa – rupanya hujan di tengahari ". itulah yang biasa berlaku pada blogger yang hangat di muqaddimahnya namun tenggelam timbul pada episod yang seterusnya. Macam tembak pada tuan punya blog je?

Saya kongsikan dengan satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : barang siapa yang mencari jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkannya untuk sampai ke syurga. Riwayat Bukhari.

Fasa sebulan yang sudah dilalui.

Kini saya sudah melangkau fasa sebulan dalam jihad menuntut ilmu di bumi Syam ini. Banyak yang dilalui dan dipelajari walau baru sebulan jagung saya merantau. Ia dalam fatrah proses yang biasa dilalui saya sebagai pelajar baru.
Masih dalam proses memahami bagi madah – madah yang diambil.

Memang memerlukan masa untuk saya serta teman – teman yang shobahi ( pelajar bagi 4 tahun ) untuk menangkap,memahami setiap kata – kata pensyarah. Lagi memeritkan andai pensyarah itu tidak boleh untuk berbahasa fushah tetapi menyampaikan dalam bahasa ‘ammi. Kedua, bagi pelajar yang masih belum mahir berbahasa arab, ia juga memeningkan dan menyusutkan kepala pada ketika ini.

Kalau hendak madunya, berperang dengan lebah itu menjadi satu keperluan untuk merasai madunya yang manis. Begitu jua saya, ia pasti memerlukan usaha yang berlipat kali ganda. Samada proses pembelajaran dalam kelas ataupun mu’amalah dengan masyarakat arab.
Sistem Akedemik pengajian Universiti Mu’tah yang saya lalui.

Jami'ah Mu'tah Karak Jordan

Secara ringkasnya yang saya boleh nyatakan adalah bukan sekadar dua kuliyah sahaja yang terdapat di sini tetapi terdapat 12 kuliyah. Dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memperakui serta mengiktiraf hanya 2 kuliyah iaitu Kuliah Adab dan Kuliah Syariah Islamiah. Majoritinya pelajar kita mengambil jurusan Kuliyah Syariah.

Perlaksanaan pula bagi setiap tahun pengajian terdapat tiga fasal ( semester ) iaitu dua fasal ijbari (waib ) dan satu fasal ikhtiyari ( pilihan ). Kebiasaannya yang fasal ijbari pada fasal awwal yang berjalan selama ( 4 bulan,musim sejuk oktober – januari ). Manakala fasal thani pula, juga sama 4 bulan tetapi dalam musim bunga bulan ( Februari – Jun ). Fasal ikhtiyari pula dilaksanakan dalam musim panas selama 2 bulan ( Julai – Ogos ).

Selama 130 jam kredit, anda wajib habiskan sebelum anda layak digelar graduan Universiti Mu’tah. Ia berbeza dengan Universiti di Negara lain seperti Mesir, Morocco dalam melaksanakan sistem pengajian yang dilihat beberapa aspek.
Gambaran penuh disini sedang rancak saya dibentangkan.

Rasanya sudah banyak perkara yang saya ketahui. Cuma ia hanya cebisan sahaja berbanding abang – abang yang sudah berada 3 tahun dan lebih dari itu yang berpengalaman kehidupan disini. Dengan perkongsian yang tidak henti diberikan kepada saya dan teman – teman. Sedikit sebanyak ia memudahkan beberapa urusan mu’amalah dan sebagainya.Masih terlalu awal bagi saya.

Pusat Perpaduan

Bukan sekadar pengiktirafan mantiqah Mu’tah bergelar mantiqah perpaduan. Malah layanannya yang first class kepada sesiapa yang menziarahi bumi Mu’tah. Mungkin itu kelebihannya yang sudah masyhur di seluruh Jordan dalam tahun kebelakangan ini.

Akhlak pelajar kita itu bagaimana? Keresahan yang saya alami untuk muhasabah bersama.

Di Malaysia lagi saya sudah mengikuti ditambah saya kagum dengan perkembangan pelajar yang merantau di bumi orang khususnya Mu’tah. Cerita sebaliknya jua tidak lekang dari telinga saya yang agak mengejutkan.

“ Seribu satu perangai nanti anta akan lihat “ sapa seorang senior saya yang ketika itu baru seminggu menghirup udara Urdun. Memang benar kata – kata itu.
Memang ada yang menyatakan hanya beberapa perkara kecil sahaja dan bukan perkara besar. Itu masalahnya kita sebagai pelajar Islam. Dikala ummat memerlukan kita sebagai pembawa cahaya itu tetapi sebenarnya kita adalah angin yang secara rambangnya ingin memadamkan cahaya itu. Jadi kita yang sudah arif tentang agama sudah jelas akan hakikat pelajar muslim itu bagaimana kehidupannya

Kita dipilih oleh Allah dikalangan jutaan manusia dalam misi jihad ilmu di bumi anbiya’ ini tetapi kita tidak mengsyukuri nikmat itu dengan rasa bertanggungjawab terhadap amanah ummah khususnya rakyat Malaysia.

Kita betandang ke Mu’tah untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin untuk dibawa ke tanah air kita dimana kalian adalah da’ie yang dinantikan. Tidak ada niat lain yang perlu kita hadafkan kerana ummat kita di Malaysia semakin parah lagi amarah. Semakin hari semakin jauh dari ketaatan kepada Allah s.w.t.

Jangan kita cemari barokah bumi syuhada’ ini dengan menambahkan lagi kekusutan akhlak segelintir orang arab yang boleh lihat sendiri yang akhirnya kita sama sahaja. Bezanya cuma kulit dan bahasa. Siapa lagi yang menjadi perintisnya kalau tidak jatuh ke bahu kita.Walaupun kata – kata ini tak senada dengan penulis yang dhoif lagi faqir. Tetapi sekurang – kurangnya saya mendapat sedikit ilmu untuk dikongsi sebagai tanda saya sayang pada teman – teman yang seaqidah, sekuliyah, seIslam dengan saya.

Saya akhiri dengan satu pesanan seorang ayah yang masyhur budinya sebagaimana diceritakan di dalam al – Quran iaitu wasiat Loqman al – hakim kepada anaknya. Yang berbunyi :

Dunia ini bagaikan lautan yang dalam yang mana sudah ramai mereka yang sudah ditenggelagai amknnya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalanya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanamannya.

Wallahua'alam bis sowab .