Wednesday, August 25, 2010

Semoga penghayatan itu berlaku pada Nuzul Quran.

1.Jika berkenaan sesuatu peristiwa yang membabitkan sejarah negara ataupun berkaitan diri kita, ia menjadi sunnah untuk kita raikan dan menyambutnya. Termasuk apa yang berlaku pada hari ini, hari cuti rasmi diberikan pada hari tertentu sebagai respon penghayatan kita terhadap nilai sejarah itu dan ruh yang ingin diserap ke minda masyarakat.

2.Dan paling terdekat adalah menghayati hari kebangsaan negara kita pada hujung bulan ini. Namun jarang untuk kita menggalakkan menghayati hari penting iaitu yang berlaku dalam bulan Ramadhan mulia ini iaitu Nuzul Quran yang seiring tarikh ini berlaku peristiwa perlantikan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah yang terakhir serta Badar al – Kubro yang banyak ibrohnya.

Nuzul Quran

3.Sebagai perkongsian bersama apa yang dikatakan nuzul Quran ialah penurunan dari Lauh Mahfuz ke Bayt al – Izzah di langit dunia secara keseluruhannya ( jumlah wahidatan ) kemudian baru diturunkan secara beransur – beransur kepada Rasulullah S.A.W selama 23 tahun.

4.Ia berdasarkan firman Allah Azza Wa Jalla dalam surah al-Dukhon ayat 3 yang berbunyi :

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi 1370 dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. (QS. 44:3)

Dalam surah al – Qadr ayat 1 juga menyatakan:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam kemuliaan 1594. (QS. 97:1)

dan surah al-Baqarah ayat 185 yang mafhum-Nya :

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (QS. 2:185)

5.Tentang tarikh juga terdapat perselisihan dikalangan ulama. Sumber Hadith tidak shohih menyatakan 7, 14, 21 tapi sebahagian besarnya menyatakan 17 Ramadhan . Dimana tarikh ini juga berlaku peristiwa penting perlantikan Nabi sebagai Rasulullah S.A.W yang terakhir.

6.Bilangan 30 Juzu sekaligus ke langit dunia, dan disampaikan sedikit demi sedikit melalui Malaikat Jibrail kepada Nabi Kita Muhammad S.A.W agar bertepatan dengan waqi' dan memudahkan manusia mengamalkan suatu syariat itu.

7.Terdapat juga pendapat wahyu pertama berlaku pada malam agung pada malam Lailatul Qadar yang berdalilkan surah al-Qadr.

Jauh lebih penting

8.Lebih ditumpukan adalah bagaimana kita menghayati pengajaran pada Nuzul Quran . Sebagaimana ayat pertama kalam Allah Subhanahu wa Taala berbunyi iqra' yang bermaksud bacalah . Andai maklumat am setiap hari kita perbaharui dan tidak ketinggalan, apa kata dalam bulan gandaan pahala ini bulan Umat Nabi Muhammad kita lebihkan bacaan malah gandakan mengikut kemampuan anda bacaan al-Quran anda. Insya Allah ruh Ramadhan itu akan tiba dalam sanubari anda.

9.Juga berlaku peristiwa penting kita sebagai umat Islam adalah kemenangan Umat Islam dalam perang Badar al Kubro yang berlaku pada tarikh yang sama iaitu 17 Ramadhan 2 Hijrah.

10.Andai kita inginkan sesuatu itu, kita akan kenali dengan lebih dekat malah faedahnya akan kita ikuti dan ambil. Begitu juga kalam Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadi warisan serta panduan manusia akhir zaman ini perlu tahu bagaimana penurunannya. Maka faedahnya serta ganjarannya berlipat kali ganda dengan syarat ia dilaksanakan. Lebih – lebih lagi kita di bulan Ramadhan.

11.Dan hakikatnya bagaimana asas kita dalam membacanya lalu mengtadabbur akan isinya itu berjalan atau sebaliknya itu hasilnya. Soalnya kepada kita khususnya saya adakah ia seiring dengan hafazan serta tatbiqnya. Malu terutamanya kepada saya selaku huffaz namun kurang dari segi amalannya. Teguran ini khusus kepada saya dan teman yang seangkatan dengan saya.

Sayyiatul abroor wa hasanatul muqarrobin

12.Jika kita orang kebiasaan persoalan ini tidak berat dan jarang dimbil perhatian, namun kita sebagai seorang muslim dan diri kita sebagai mahasiswa Islam harus menjadi suatu fakta yang tersemat dalam minda kita.

13. Memang nuzul ini kurang diambil perhatian, namun dengan kita cakna perkara sebegini kita akan selangkah ke hadapan untuk membaca. Tetapi bukan sekadar itu sahaja malah hayati aka nisi kandungannya. Lagi indahnya kita mengajak sahabat yang kurang arif untuk menghayati ataupun mempraktikkan bacaan bersama – sama dengan kita.

14.Segala yang dituturkan semoga ada manfaatnya kepada saya dan sidang pembaca sekalian. Kita memohon kepada Allah agar Allah campakkan cahaya keberkatan Ramadhan ini ke dalam hati – hati kita supaya al-Quran itu penerang kita ketika di dunia fana' dan juga di akhirat kelak. Amin ya Rabbal 'alamin.

15. Dan semoga Ramadhan pada tahun ini berbeza dengan Ramadhan pada tahun lepas. Natijahnya juga perlu berbeza. Satu pepatah telah dikongsi iaitu nilai taqwa kita semakin meningkat bila tinggalnya saki baki Ramadhan untuk kalinya . Wallahu A'lam Bis Showab

*Maaf kerana membiarkan sesawang ini sudah tidak nampak bayangnya dan tulisan pun tunggang langgang umpama tidak ada tuannya.