Friday, January 1, 2010

Nantikan Bubur Asyura Versi Jordan

Walaupun 10 Muharram @ hari Asyura sudah berlalu namun thaqafah tentang kelebihan hari tersebut tidak boleh kita kesampingkan. Malah ia adalah maklumat tambahan bagi kita lebih – lebih kita selaku mahasiswa Islam perlu cakna akan maklumat sebegini.

Jika diimbas kembali, tarikh Asyura ini adalah berdasarkan kepada 10 muharram dalam kalendar Islam yang tersimpan lipatan sejarah yang Allah jadikan pada hari tersebut. Dan juga banyak peristiwa agung yang kita boleh perhatikan dan dijadikan bahan bacaan ilmuan.

Pertama kalinya di Mu’tah.

Perkara yang sering menjadi adat pada hari Asyura dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURA. Namun itu hari bukan menjadi ukuran tetapi gandingan kerjasama kita dalam merealisasikan bubur asyura itu disandarkan.

Untuk Makluman sahabat sekalian, program sebegini adalah julung kalinya diadakan di bumi Jordan dan Mu’tah akan memulakan langkah itu.

Kita sudah sedia maklum bahawasanya bubur asyura ini akan menggabungkan 10 jenis campuran yang disinonimkan dengan 10 Muharram ini. Kalau di Malaysia misalnya, ia mengikut tradisi menu negeri masing – masing dan cara yang tersendiri. Termasuklah suasana yang bagaimana.

Kalau tak baca, jawabnya tak tahu.

Sejarah Bubur Asyura

Dari bacaan dan rujukan saya dapati dibeberapa blog dan website, sejarah bubur Asyura ini datang dari zaman Nabi Nuh as lagi. Ada dinyatakan dalam kitab Nihayatuz Zain, Kitab Nuzhatul Majalis, Kitab Jam'ul Fawaid bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".
Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURA (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.



وتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابَ
dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).

Ayuh.. Sama – sama kita turun beramai – ramai pada esok pagi untuk berganding bahu berjinjing tangan mengacau bubur asyura yang bakal kita nikmati. Sambil kita jalinkan serapat – rapatnya ukhwah di kalangan kita agar sebahagian matlamat program ini tercapai dan ia berkekalan. Insya Allah.
Berikut adalah butiran seperti berikut :

Tarikh : Ahad 3 januari 2010 bersamaan 17 Muharram 1431 H
Masa : 9 pagi
Tempat : Pusat Khidmat Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah Puskma
Sasaran : Mahasiswa Malaysia Mu’tah.


Komen anda adalah satu buah penambahbaikan admin.
Wallahua'alam bis sowab