Monday, September 21, 2009

Ringkasan kenangan dari Darul Quran II

Bagaimana selepas saya ditarbiyah.

Ketika itulah saya baru hendak bertatih apa itu dakwah, dai’e, madwu' dan sebagainya. Sekali lagi saya diamanahkan untuk memimpin usrah.

Adik – adik saya dikala ini sudah bercuti dimana kalau kita sebut( dalam istilah bola sepak menyebut half time iaitu sebelum cuti raya dan second half adalah selepas raya )yang kini masih pulun untuk imtihan niha’ie.

Seusai ditarbiyah, penelurusan dalam berdakwah mesti diteruskan. Kali ini memang agak berat kerana saya ditaklif sebagai pimpinan dan dalam pada yang sama memegang usrah Diploma. Saya dibantu oleh Fitri Bin Abdul Rashid. Alhamdulillah, dalam tempoh itu, akh Fitri banyak membantu dikala saya tidak dapat menghadirkan diri ketika perjumpaan usrah disebabkan komitmen dalam organisasi. Juga membantu atas kekurangan saya dalam institusi yang diperkenalkan as-Syahid hasssan al- Banna. Syukran lakum jazilan bikhoir ‘ala ‘idai’kum fi kulli muqobalatina. Mabruk ‘alaikum.
Smutem sebagai pengkalan terakhir berkhidmat di bumi Darul Quran.

Secara jujurnya saya menyatakan bahawa dengan diamanahkan sebagai AJK SMUTEM DQ sejak bulan Februari yang lalu. Banyak ilmu yang diperolehi antaranya bagaimana urusan dengan kerajaan dan orang sekeliling dan pelajar dan sebagainya. Ia menjadi plus bagi saya tentang ilmu – ilmu ini.Walaupun saya baru setahun jagung dalam berhubung dengan pihak luar, namun banyak manfaat sebenarnya yang diperolehi dimana ia akan dipraktikkan dalam kehidupan masa mendatang. Ustaz Sya’bani adalah murabbi kami sewaktu tempoh 7 bulan.
Teguran, marah, idea, pembaharuan beliau dalam berkomunikasi dan sebagainya menjadi rutin harian kami. Kadang – kadang beliau sebagai ayah mahupun kawan. Semuanya untuk kebaikan dalam mu’amalah dengan semua pihak dan mempereratkan jalinan antara kami.

Maka,

Sekalung tahniah kepada murabbi kami Ustaz Sya’bani Awang selaku Penasihat , bos kami Muhamad Ridzuan Adzmi ( dianugerahi Tadhiyah ) , Yusran, Muhammad,Ridzuan Aziz, Norazma,Afrida Siti Nur Hidayah. Semua berkeras keras demi memastikan kelancaran gerak kerja semaksimum maju. Tidak dilupakan Qairy Awang, Azan Safar dan Norlina yang turut berganding bahu. Serta teman yang membantu secara langsung atau tidak langsung.
Sebagaimana yang kita ketahui mafhum hadith yang bermaksud : sesiapa yang membantu serta memudahkan urusan orang yang ingin menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan urusan orang yang membantunya. Alhamdulillah.

Setelah selesai urusan Smutem, pada 6 september yang lalu saya bersama 20 orang deligasi DQ telah memulakan langkah bagi meneruskan pengembaraan di bumi Syam dalam matlamat mencedok ilmu – ilmu di medan Mu’tah Jordan.

Sebagaimana yang kita maklum Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah at – Taubah ayat ke122 mafhumnya :

Dan tidak sepatutnya orang – orang yang mukmin itusemuanya pergi ke medan perang. Sebahagian yang lain dari golongan itu tidak pergi kerana menuntut ilmu Allah dimana mereka ini akan member tanzir setelah kembali ke tanah air.
Ya Allah, Kau mudahkanlah urusan menuntut ilmu kami di dataran Syam ini dimana pada masa akan datang kamilah yang akan menjadi firqah yang akan mengislahkan serta menyampaikan ilmu setibanya kami di bumi Malaysia yang kami cintai agar Islam disyariatkan.amin

Mungkin sekadar coretan coretan sebelum ke Mu’tah.
Wallahua'alam bis sowab .

Saturday, September 19, 2009

Salam ‘idul fitri

Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar,
Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…


Salam ‘idul fitri minal 'aidin walfaizin.

Semoga Allah berikan kekuatan serta hidayah-Nya kepada kita agar pengamalan kita dalam bulan yang mulia ini akan turut sama dalam bulan – bulan yang mendatang agar kesan itn dapat dilihat dengan rasa penuh insaf.

Tulus dari saya Salam Ai’dil Fit minal ai’deen wal faee’zen dalam bulan Syawal ini yang penuh keberkatan kepada kalian yang mengenali diri ini. Tidak lupa saya memohon kemaafan atas kekhilafan.

Ikhlas dari,
Abdul Rahim Bin Mohd Ali
Pelajar Kuliah Adab Takhassus Luhgotu Wa ‘Adabiha
Jami’ah Mu’tah
Jordan.










Tuesday, September 15, 2009

Ringkasan kenangan dari Darul Quran.


Beberapa hari sebelum berangkat ke bumi Jordan, saya singgah sebentar ke bumi yang memperkenalkan ‘ulumul Quran dan tarbiyah yang menyedarkan saya tentang apa itu dai’e. Pada hari Khamis 3 Sep 2009 yang lalu tidak lain hanyalah mendapatkan sedikit kata – kata taujihat serta bermaafan dengan para pensyarah serta adik – adik yang bakal ditinggalkan.

Di samping itu, urusan Sekretariat Smutem yang masih berbaki sebelum saya bertolak pada 6 Sep 2009.

Secebis kenangan yang dibina selama tiga tahun memang singkat namun natijahnya begitu menyentuh hati saya sebermulanya Mafatihul Mahabbah sehingga penganugerahan Diploma DQ.

Pertama kali mendengar kalimah usrah.

Dimana usrah diperkenalkan kepada saya yang diisi di dalamnya erti ukhwah dan lebih jauh lagi adalah peranan kita sebagai dai’e ila Allah. Itu resepi yang saya rasa ia sangat manis dalam berjuang di bumi itu tatkala diri mula menyesuaikan diri.

Saya tujukan kepada Abg Yusuf Al – Assidiqi yang sedang menuntut di tahun tiga dalam takhassus Qiraat Shoubra Mesir manakala Abg Muhammad Rasyidi yang menuntut di bumi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ). Kalian adalah naqib yang tidak jemu – jemu mendidik erti ukhwah di kala itu saya seakan – akan bermain tarik tali dalam berusrah.

Ia perlu diteruskan,

Saya yang ditarbiyah maka saya perlu berkongsi sistem tarbiyah Islamiah dengan anak usrah saya yang saya anggap sebagai pelengkap ilmu kerana mereka inilah berkongsi sedikit sebanyak tentang sains, teknologi dan bidang profesional. Tidak kurang hebatnya dalam bidang agama juga diperbincangkan dalam usrah kami.

Kalian memang aspirasi saya (Asyraf Bin Yasin ,Norhisyam Bin Nazir Ahmad – UIAM PJ, Ahmad Suhaib Bin Abdul Rashid - Jordan. Mohd Luqman Bin Zulkepli –Jordan, Muhammad Asyraf Bin Kosnan - Jordan. Abdullah Hafidz Bin Gazali – GMI Bangi bagi tahun persediaan sebelum ke Jerman, Aqid –Medic Kaherah ).


Saya berpasangan dengan Mohd Aizzat Abdul rahim – UIAM PJ sebagai teman dalam memimpin usrah. Lalu terbinalah usrah yang dinamakan hijrah.

Dalam era kepimpinan PERKEMAT 07/08 jua mengajar saya erti kepimpinan dalam organisasi ataupun berpesatuan. Dengan bimbingan abang – abang serta kakak – kakak serta teman dalam pimpinan jua samada teguran, sandaran,idea dan gagasan dalam mengekalkan bi’ah solehah yang semakin dicalari di bumi barakah Darul Quran.

Bermula Abe Ehsan Fadhli, Firdaus Kadir, Muhammad Syaukani, Muhammad Asyraf Ghazali, Muhammad Azan, Muhammad, Mohd Tarmizi, Mohammad Fakhrurazi, Muhammad Ridzwan Azmi, Ahmad Amir Hafizi Serta adik Qutaibah yang sedang memimpin sekarang ini. Tidak dilupakan pada akhawat barisan pimpinan yang turut sama – sama menyumbang dalam mencapai misi yang murni ini. Tahniah khusus buat kalian semua atas komitmen yang ditunjukkan.


Barisan kepimpinan 06/07 ( berjubah Biru ) dan 07/08 ( berjubah putih )

Medan tarbiyah mengajar erti seorang dai’e.

Saya ditarbiyah supaya melihat dunia dengan memandang keluasan akhirat iaitu dikaderkan sebagi dai’e. Dimana peranan itu adalah wajib bagi seseorang mukmin bagi mencapai kembali Khilafah Islamiah yang telah terkubur.Teman seperjuangan yang kita lalui bersama – sama tersenyum tatkala mengenangkan kembali saat indah itu. Kalian berada di kala senang dan juga susah, pendorong, sahabat yang sentiasa membantu. Saya tujukan khas kepada Khairun Nasirin, Ridzwan Aziz, Mursyid, Zulkifli Makhtar, Abg Mahmud, Qairy Awang, Syafiq Alias, Fakhrul Hayyi Dan Yusran. ( Maaf kerana tidak ada gambar teman - teman ).Dan sebelah akhawat yang turut sama sebagai sayap kiri.

Adakah tarbiyah hanya kepada generasi saya, tidak diikongsi serta tidak diwasilahkan ke generasi akan datang. Kerana perjuangan tidak akan berakhir pada hari ini sebagaimana perjuangan tidaklah bermula pada hari ini.

Bagaimana seusai saya ditarbiyah...

Mungkin sekadar coretan - coretan sebelum ke Mu’tah Karak

p/s : Emmh..kalau ada rezeki ia akan bersambung lagi. Andai sedikit masa itu terluang untuk perkongsian yang akan datang mungkin bertemu lagi.