Thursday, November 5, 2009

Muslim hakiki dan Nasrani hakiki

Kita terfikir kerana naluri sensitiviti terhadap masalah ummat yang kian meruncing menerjah dalam sanubari kita.
Kita selaku Muslim digerakkan oleh seseorang ataupun sesiapa yang prihatin akan keadaan sekeliling bahawa ummat dahagakan tenaga kita.
Kita juga didedahkan dengan panduan hidup iaitu al - Quran tentang bagaimana perjalanan muslim yang hakiki.
Kita sudah melangsaikan bacaan kalamullah agung setiap pagi ditambah lagi setibanya malam menyelimuti kita.
Akhirnya kita yang bagaimana?

Dalam al- quran telah lantang menyebut yang berbunyi :
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

Pandanglah hati kita ke zaman yang penuh dengan fitnah dan dugaan ini ditambah usaha pihak Yahudi yang dari dahulu hingga ke saat ini,tidak akan henti – henti ingin melenyapkan ummat Islam. Dan paling jauh matlamatnya adalah melenyapkan syiar Islam dari muka bumi Allah S.W.T. Allah telah rungkaikan pada ayat yang saya nyatakan di atas dengan menegaskan betapa puak Yahudi yang tidak akan henti – henti memusuhi Islam.

Nasrani dan Yahudi

Dalam buku yang sempat saya belek misalnya Gerakan Freemasonry yang dikarang oleh finalis yang hebat iaitu Hj Nik azran Muhamed dan Hj Mohd Mahadi. Apa yang beliau lihat dalam kajian beliau adalah gerakan bawah tanah ini dibawa masuk untuk diterapkan ke dalam gerakan kebangsaan yang dibentuk. Gerakan – gerakan seumpama ini menyusup masuk dan menjadi tulang belakang kepada Gerakan – gerakan yang bersifat kebangsaan.

Secara zahirnya dan batinnya.

Kehadiran mereka bukan dengan taring yang jelas tarpampang di depan mata kita tetapi begitu halus dan teliti sekali. Malah perancangan jahat ini memakan masa yang lampau. Slogan – slogan yang dibawa masuk pada zahirnya menampakkan mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib bangsa tetapi kita teliti sedalamnya dan hakikatnya mengandungi agenda musuh Islam yang berperancangan.

Itu Nasrani serta Yahudi hakiki.

Ia telah dinyatakan pada ayat di atas. Mereka tidak akan henti – henti sehingga kita menyelusuri kehidupan, lorong yang mereka lalui dan akhirnya kita sebenarnya sudah berada dalam lorong itu tanpa kita sedari.

One Order : slogan yang sudah dirancang.

Bagaimana pekara paling utama yang menjadi nadi dalam dunia globalisasi yang menjadi aset gerakan ini iaitu menguasai ekonomi yang dalamnya mempunyai perniagaan yang luas ruang lingkupnya.

Kenapa ekonomi ?.
Kerana hampir 70% perniagaan di dunia ini ditakhluk oleh gerakan yahudi, samada pemakanan, pakaian,badan – badan organisasi, senjata, perhotelan, perfileman dan sebagainya. Dengan ekonomi dikuasai maka perjalanan ataupun perancangan itu lebih dekat untuk diselenggarakan. Seluruh ummat di atas muka bumi ini bermu’amalah serta menjalankan urusan perniagaan dalam semua yang dinginkan.

Oleh yang demikian, ekonomi ini akan dijadikan tempat atau pusat kepada seluruh manusia melaluinya. Lebih mudah kita umpamakan ekonomi ini seperti tiang pokok. Dan tiang pokok ini dikuasai sepenuhnya gerakan Freemasonry, lalu dahan itu diumpamakan sebagai penduduk dunia yang lain yang menampung pada pokok untuk terus hidup dan memahatnya. Itulah yang saya maksudkan dalam apa yang berlaku pada hari ini.

Perjalanan misi gerakan ini bukan berlaku setelah semuanya sudah berfikir atau sudah baligh. Tetapi sejak anak itu di dalam kandungan lagi. Beberapa penekanan kepada anak tersebut agar pemikiran serta penguasaan ekonomi itu direalisasikan.

Kita?

Sebenarnya sudah terpampang dalam al –Quran bagaimana seseorang Muslim yang hakiki lalu diterjemahkan dalam kehidupan. Sekarang masa sudah terlambat untuk berlengah malah masatidak mengizinkan.
الواجبات أكثر من الأوقات

Tertib dalam kita menjadi muslim yang hakiki.

Dalam kita hendak mencapai kembali misi yang jauh iatu mengembalikan Khilafah Islamiah. Kita telah ditekankan oleh naqib kita perjalanan lima peringkat yang akhirmya misi yang hilang itu kembali.

Fardhul Muslim
Baitul Muslim
Mujatama’ Muslim
Daulah Islamiyah
Khilafah Islamiah

Satu peringkat ke peringkat seterusnya inilah yang bakal dilalui oleh para pejuang dan dai’e tersebut. Bagaimana kita hendak menggapai misi yang ketiga (Mujatama’ Muslim) sedangkan misi pertama tidak disempurnakan. Bukankah itu olok –olok dalam hendak mencapai misi besar ini setelah peringkat itu digenggam.

Lalu asas kita sebagai muslim itu perlu sempurna serta hakiki. Setiap yang kita lalui nanti memang muslim hakiki yang ingin dicapai. Cuma peranannya nanti sudah berubah mengikut suasana pada ketika itu. Persoalannya
...
Kita di peringkat fardhul muslim bagaimana? Atau sekadar lima rukun Islam sahaja sudah cukup untuk kita menyatakan saya sudah mengerti apa ertinya muslim hakiki itu. Atau sekadar turun ke usrah – usrah sahaja sudah digelar muslim sejati atau alar kadar sahaja daie itu kesimpulannya.

Menjadikan thaqafah itu satu keperluan yang bukan mubah tapi yajibu ‘alaina. Ini yang naqib saya ( abg Yusuf as - Siddiqi tekankan ketika kami berusrah dahulu di Darul Quran.

“ Antum bukan setakat ilmu di dalam kelas sahaja untuk dikhadamkan malah ilmu manzhuri juga diitekankan dalam antum mengaji di bumi Syam ini. “ nasihat berharga Ustaz Nik Zawawi yang kami anggap murabbi in progress sewaktu menziarahi rumah kami pada minggu lepas.

Ilmu maqruah & ilmu manzurah

Selalu kita kendalikan dan khatamkan setiap hari idipanggil ulum maqruah. Jangan dilupa ulum manzurah yang kita tidak boleh kesampingkan dalam meniti jalan dakwah ini. Lebih – lebih lagi zaman yang kita bakal tempuhi bukan lagi seperti tahun 50an ataupun 80an, Tetapi zaman yang segalanya sudah berfikir dan berfikiran dari luar batasan tanpa kita jangka.

Ulum manzurah misalnya tentang Islam mengharamkan poliandri dan menggalakkan poligami, kenapa perempuan sahaja bertudung, bagaimana kesamaan saksi,persoalan politik Islam, berkenaan orang non Muslim yang ingin bernaung dengan gerakan Islam dan banyak lagi persoalan yang non muslim rungkaikan. Segalanya memerlukan pengalaman dalam kita berhadapan dengan mad’uk agar jawapan kita itu memberi salah satu faktor Islam diterima.
Setelah asas yang kukuh itu kita bina dan pacakkan dalam diari hidup ini, maka peringkat yang seterusnya akan terlaksana dengan suatu jaminan yang penuh keredhaan Allah.
Apabila tiba suatu masa Islam mencapai kemenangan yang yang besar ataupun daulah islamiah itu, cuma bertahan hanya beberapa hari ketika sahaja. Seperti kata pepatah “ jangan jadikan buah pisang itu berbuah dua kali “.

Muslim hakiki atau bagaimana kita setakat hidup di bumi Allah ini.

Persoalan ini saya tinggalkan untuk teman – teman dan paling utama kepada insan yang dhoif ini. Yang paling hampir sekali dengan kata – kata yang telah disampaikan.
Yakinlah Islam tetap akan menang!


Wallahua'alam bis sowab