Monday, September 21, 2009

Ringkasan kenangan dari Darul Quran II

Bagaimana selepas saya ditarbiyah.

Ketika itulah saya baru hendak bertatih apa itu dakwah, dai’e, madwu' dan sebagainya. Sekali lagi saya diamanahkan untuk memimpin usrah.

Adik – adik saya dikala ini sudah bercuti dimana kalau kita sebut( dalam istilah bola sepak menyebut half time iaitu sebelum cuti raya dan second half adalah selepas raya )yang kini masih pulun untuk imtihan niha’ie.

Seusai ditarbiyah, penelurusan dalam berdakwah mesti diteruskan. Kali ini memang agak berat kerana saya ditaklif sebagai pimpinan dan dalam pada yang sama memegang usrah Diploma. Saya dibantu oleh Fitri Bin Abdul Rashid. Alhamdulillah, dalam tempoh itu, akh Fitri banyak membantu dikala saya tidak dapat menghadirkan diri ketika perjumpaan usrah disebabkan komitmen dalam organisasi. Juga membantu atas kekurangan saya dalam institusi yang diperkenalkan as-Syahid hasssan al- Banna. Syukran lakum jazilan bikhoir ‘ala ‘idai’kum fi kulli muqobalatina. Mabruk ‘alaikum.
Smutem sebagai pengkalan terakhir berkhidmat di bumi Darul Quran.

Secara jujurnya saya menyatakan bahawa dengan diamanahkan sebagai AJK SMUTEM DQ sejak bulan Februari yang lalu. Banyak ilmu yang diperolehi antaranya bagaimana urusan dengan kerajaan dan orang sekeliling dan pelajar dan sebagainya. Ia menjadi plus bagi saya tentang ilmu – ilmu ini.Walaupun saya baru setahun jagung dalam berhubung dengan pihak luar, namun banyak manfaat sebenarnya yang diperolehi dimana ia akan dipraktikkan dalam kehidupan masa mendatang. Ustaz Sya’bani adalah murabbi kami sewaktu tempoh 7 bulan.
Teguran, marah, idea, pembaharuan beliau dalam berkomunikasi dan sebagainya menjadi rutin harian kami. Kadang – kadang beliau sebagai ayah mahupun kawan. Semuanya untuk kebaikan dalam mu’amalah dengan semua pihak dan mempereratkan jalinan antara kami.

Maka,

Sekalung tahniah kepada murabbi kami Ustaz Sya’bani Awang selaku Penasihat , bos kami Muhamad Ridzuan Adzmi ( dianugerahi Tadhiyah ) , Yusran, Muhammad,Ridzuan Aziz, Norazma,Afrida Siti Nur Hidayah. Semua berkeras keras demi memastikan kelancaran gerak kerja semaksimum maju. Tidak dilupakan Qairy Awang, Azan Safar dan Norlina yang turut berganding bahu. Serta teman yang membantu secara langsung atau tidak langsung.
Sebagaimana yang kita ketahui mafhum hadith yang bermaksud : sesiapa yang membantu serta memudahkan urusan orang yang ingin menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan urusan orang yang membantunya. Alhamdulillah.

Setelah selesai urusan Smutem, pada 6 september yang lalu saya bersama 20 orang deligasi DQ telah memulakan langkah bagi meneruskan pengembaraan di bumi Syam dalam matlamat mencedok ilmu – ilmu di medan Mu’tah Jordan.

Sebagaimana yang kita maklum Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah at – Taubah ayat ke122 mafhumnya :

Dan tidak sepatutnya orang – orang yang mukmin itusemuanya pergi ke medan perang. Sebahagian yang lain dari golongan itu tidak pergi kerana menuntut ilmu Allah dimana mereka ini akan member tanzir setelah kembali ke tanah air.
Ya Allah, Kau mudahkanlah urusan menuntut ilmu kami di dataran Syam ini dimana pada masa akan datang kamilah yang akan menjadi firqah yang akan mengislahkan serta menyampaikan ilmu setibanya kami di bumi Malaysia yang kami cintai agar Islam disyariatkan.amin

Mungkin sekadar coretan coretan sebelum ke Mu’tah.
Wallahua'alam bis sowab .

No comments: