Thursday, December 31, 2009

Salam Perubahan Salam Hijrah 2010

Sudah beberapa jam dalam tahun 2009 ini sudah berlalu dengan pelbagai nostalgia yang menggamit jiwa seandainya perjalanan setahun yang bakal melabuhkan tirainya dirakam dan diperhalusi dengan diambil pengajarannya.

Mungkin bagi seseorang tidak banyak yang terlalu istimewa untuk dikecapi dalam setahun kehidupannya yang lalu. Akan tetapi bagi individu - individu lain pasti luahan coretan manis ataupun pahit menggamit perasaan dan bernilai. Dan ia dikongsikan bersama teman – teman seperjuangan sebagai tatapan memori sebagai penambah resepi teman seaqidah dengan kita.

Perubahan demi perubahan.

Selalu kita dambakan agar hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari semalam. Begitulah seterusnya dan akan datang dan juga tulat.

Namun demikian ia seolah – olah seloka yang menjadi mainan lidah sahaja sewaktu kita berkongsi idea ataupun perkongsian ilmu dalam suatu perbincangan mahupun sembang ala kedai kopi.

Selalu kita didengari ataupun terpacul dari hati kita.

Jatuh dan bangun sebanyak tiga kali. Dan beberapa kali juga barangkali kita hadapi.
Suka saya nyatakan kita selaku orang muslim akan merasakan bebannya tatkala rasa bersalah itu menjelma dan terus rebah menyesal akan kesalahan kita.

Seketika waktu yang lain, kita sudah merasakan mungkin terbaik dan hampir dengan Allah S.W.T. Tapi apabila ujian itu datang tanpa diduga. Samada ujian kenikmatan ataupun nikmat ditimpa kesusahan. Kita akan berpatah kembali ke tapak yang sebelumnya. Saya banyak kali mengalaminya. “ Sungguh berat tuan – tuan. ”

Istiqamah yang kita inginkan yang secara tiba – tiba ujian dari Allah datang tanpa diduga dalam menuntut kesabaran lebih - lebih sabar itu kearah maksiat, tatkala itu kita akan jatuh dua anak tangga. Pun pada masa itu kita begitu terasa rupa – rupanya “ aku masih jauh untuk mencapai darjat orang – orang yang soleh ”. Ini waktu yang berbeza pada keadaan yang sebelumnya.

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?al – Ankabut :2

Persoalannya? Kita di situasi yang mana? Renung – renungkan.

Da’ie yang professional dari semua aspek itu cabaran yang kita perlu penuhi.
Teringat kata – kata Presiden Maaruf UIAM Kuantan sewaktu diundang untuk memberi kertas kerja sempena Kursus Kepimpinan bagi pimpinan yang baru DQ pada tahun 2008.
“ Kita sebagai da’ie sudah ada produk namun sesi yang mungkin kurang dihayati dan dititikberatkan iaitu bagaimana kita mahu mempromosikan produk Islam yang bakal kita pasarkan dengan 100% jaminan ”.

Perkara ini juga kami bincangkan dalam meja perbincangan kami beberapa hari yang lalu. Antara Sudut – sudut itu :
Sudut thaqafah
Sudut ibadah
Sudut Pemikiran
Sudut akhlak
Ianya terletak atas kita sendiri untuk memenuhi semua sudut tersebut.

Kaitan yang ingin dibawa disini adalah kita perlu kaji bagaimana hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita dengan manusia. Itu hasil dari dua bidang yang saya nyatakan di atas.
Dimana ia saling berkait rapat agar perjalanan dakwah itu tidak terenjat dari kesilapan dari kita sendiri walaupun disedari.
2010 yang bakal tersingkap.

Apa matlamat yang ingin dicapai bagi seorang selaku mahasiswa.
Perubahan mindanya ataupun keterampilannya. Sudah tentu pendiriannya. Jawapannya sudah terbentang sebagaimana Allah nyatakan dalam al – Quran

Yang ada pada kamu. oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Al – Baqarah : 282

Mungkin juga matlamat 2009 masih belum tertunai dan masih berbaki. Ayuh kita sama – sama realisasikan pada tahun 2010 ini.
Sikap percaya akan kemampuan diri terhadap matlamat sebenarnya boleh mengubah perpekstif negatif ke pintu positif.
Yakinlah akan kemampuan masing – masing.
Harapan saya kepada diri yang dhoif ini khususnya dan juga rakan – rakan agar bersama – sama kita tajdidkan niat serta fikirkan kembali fungsi dan peranan kita dalam menempuh hidup yang mencabar ini.

Kukuhkan asas agama serta pesiapkan dengan persediaan yang maksimum bagi memenuhi tuntutan fardhul muslim yang telah ditekankan mujjaddid agung bagi qurun terdahulu as – Syahid Syeikh Hassan al – Banna kepada para du’a.
Akhirnya, bersama – sama kita menadah tangan berdoa kepada – Nya semoga tahun ini dikurniakan keberkatan berpanjangan serta dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Amin Ya Rabbal 'Alamin

Komen anda adalah satu buah penambahbaikan admin.
Wallahua'alam bis sowab

No comments: