Tuesday, February 15, 2011

Bersamamu Ya Rasulullah S.A.W.

Sahabatku, Islam sampai kepada kita saat ini tidak lain berkat jasa Baginda Rasulullah Muhammad S.A.W sebagai utusan penyampai risalah Allah S.W.T yang benar dan diredhai. Di saat di padang mahsyar, tiap umatIslam pasti akan meminta syafa’at dari baginda S.A.W dan menginginkan berada di barisan baginda S.A.W. Namun, pengakuan tidaklah cukup sekadar pengakuan. Pasti yang mengaku umat baginda S.A.W akan berusaha mengikuti jejak baginda dengan jalan mengikuti sunnah-sunnah baginda dan senantiasa membasahi bibir ini dengan mendo’akan baginda dengan cara memperbanyak berselawat kepada beliau S.A.W.

Sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah S.A.W tercinta, Sayyidina Muhammad Sholallohu ‘alaihi wa sallam hingga salah seorang isteri Rasulullah, Sayyidatina A’isyah Rodhiyallahuanha mengatakan bahawa akhlak Rasulullah S.A.W adalah “Al-Qur’an”. Tidak satu perkataan Rasulullah merupakan implementasi dari hawa nafsu baginda, melainkan adalah berasal dari wahyu Ilahi. Begitu halus dan lembutnya perilaku keseharian baginda. Rasulullah S.A.W adalah utusan yang mempunyai sifat tawadhu’ yang tiada tandingnya.

Beliau pernah menjahit sendiri pakaiannya yang koyak tanpa menyuruh isterinya. Dalam berkeluarga, beliau adalah contoh yang ringan tangan dan tidak segan-segan untuk membantu pekerjaan isterinya di dapur. Selain itu dikisahkan bahawa baginda tiada merasa canggung makan disamping seorang tua yang penuh kudis, kotor lagi miskin. Rasulullah S.A.W adalah ikon umat Islam yang paling sabar di mana ketika itu pernah kain bagindaditarik oleh seorang badwi hingga membekas merah dilehernya, namun beliau hanya diam dan tidak marah.Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika Rasulullah S.A.W mengimamkan solat berjamaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap beliau berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Selesai solat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah? Jawab RasulullahS.A.W : “Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sihat dan segar.” Berkata Umar lagi: “Ya Rasulullah, mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan? Kami yakin baginda sedang sakit”. Desak Sayyidina Umar penuh cemas. Akhirnya, RasulullahS.A.W pun mengangkat jubahnya. Para sahabat pun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah S.A.W yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah S.A.W bergerak. Para sahabat pun berkata : “Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk engkau?”. Baginda Rasulullah S.A.W pun menjawab dengan lembut : “Tidak wahaipara sahabatku. Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawabanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah SWT buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.Teramat agung peribadi Rasulullah S.A.W sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badwi tentang akhlak baginda S.A.W hanya mampu menangis kerana tak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak baginda S.A.W. Baginda diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagaipengajaran yang baik sepanjang zaman.

Sahabatku, sungguh kehadiran Rasulullah S.A.W adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia lewat segala hal yang baginda contohkan kepada umat manusia. Rasulullah S.A.W tidak menyebelahi dalam hal menghargai manusia, penuh kasih sayang, tidak pernah mendendam, malahan baginda pernah menangis ketika mengetahui bahawa balasan kekafiran adalah neraka yang menyala-nyala hingga menginginkan umat manusia untuk mengesakan Allah S.W.T. Sirah Rasulullah S.A.W banyak mencerita kesedihan baginda dalam memikir maslahah umat baginda di hari qiamat kelak. Di saat kewafatan Rasulullah S.A.W amat sedih untuk meninggalkan umatnya yang mana pada ketika itu Rasulullah S.A.W berusia 63 tahun. Kerana itulah baginda menyebut berkali-kali perkataan “ummati”, “ummati”, “ummati” . Cukup kiranya beliau yang jadi “Qudwatun Hasanah” kita umat Islam khususnya yang hari ini sebahagian sudah sangat jauh dari akhlak Rasulullah S.A.W, baik dalam tindakan mahupun perkataan yang menyejukkan. Apa yang dikatakan oleh seorang sastrawan Pakistan, Muhammad Iqbal dalam salah satu karyanya dapat kita jadikan renungan bersama dimana beliau berkata: “Barangsiapa yang mengaku umat Nabi Muhammad, hendaklah berakhlak seperti baginda (Nabi Muhammad S.A.W )”.

Dalam salah satu hadith dikatakan bahawa: “Belum beriman seseorang sehingga aku (Rasulullah Muhammad S.A.W) lebih dicintainya daripada ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia”(HR. Bukhari). Kita tidak tahu apakah nanti akan diakui Rasulullah S.A.W sebagai umatnya atau tidak kelak di hari kiamat. Namun satu yang pasti bahawa semua ingin berada di barisan beliau. maka, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengikuti akhlak beliau S.A.W semampu diri kita, sebagai ikon kita yang utama, memperbanyak ucapan selawat untuknya, membela sunnahnya, bukan malah membelakanginya (mari berlindung dari hal demikian), sebagai rasa cinta kita terhadapnya. Sabda Nabi S.A.W : “Barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 10 kali, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya sebanyak 100 kali, dan barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 100 kali, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya sebanyak 1000 kali, dan barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 1000 kali, maka Allah SWT menjanjikannya kelepasan dari seksaan api neraka.”

Sahabatku, tidak ada insan lain yang menjadi ikon mahupun Qudwah Hasanah yang melebihi apa yang ada pada diri Rasulullah S.A.W itu sendiri dan tidak sepatut bagi umat Rasulullah S.A.W di akhir zaman ini tahap kecintaan mereka lebih yang tinggi serta menjadikan kebanyakan artis sebagai ikon hidup mereka. Justeru itu, marilah kita memperbanyakan salam dan selawat kepada baginda junjungan besar S.A.W sebagai tanda rasa kasih sayang kita yang tidak terhingga yang mana dengannya kita akan beroleh Syafa’at darinya sebagai pertolongan untuk memudahkan kita ke syurga kelak di padang perhimpunan seluruh umat manusia iaitu Al-mahsyar. insya Allah…Amiin. Itulah ulang tahun yang kita sambut pada esok hari 12 rabiul Awal lahirnya Kekasih Allah Pembawa Rahmat ke Seluruh alam.

Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…

Nukilan By Team BBR 10/11

Kredit untuk PERMATA 10/11


No comments: