Thursday, July 23, 2009

Luahan Teman Hidup Berjiran.

Kadang – kadang berjumpa lalu bertegur sebagai teman setaman perumahan itu kasih sayang hidup berjiran.

Tapi itu realiti hidup di bandar kadang - kadang nama jiran pun tidak tahu. Jangan ditanya nama anak bongsu jauh sekali. Hakikat yang kita perlu renungkan.

Bermula kisah dari sekolah rendah hatta hal – hal bekerja pun jadi isu. Termasuk isu – isu yang melanda Negara mutakhir ini.

Tetapi luahan itu berbentuk perkongsian yang kesannya amat baik untuk kita amalkan dalam kehidupan akan datang.

Kisah yang menghayat hati dan pilu.Bukan ingin menjaja cerita disebalik keaiban luahan teman itu, akan tetapi jauh sebagai tanbih, ibrah dan pedoman untuk kita sebagai emak, bapa dan paling mustahak adalah anak.

Baru bulan Februari yang lalu, bapa saudaranya meninggal.

Pagi itu dalam kebiasaan untuk pergi ke kerja selalunya menaiki bas khas ke KLIA pukul tiga pagi. Katanya menjimatkan lagi di zaman segalanya kena berjimat.Jadi bila keluar rumah untuk membanting tulang sebagai Manager Guard di last Checkin sebelum menaiki pesawat. Tugasnya hanya memastikan pasport adalah sah sebelum dilepaskan.Munzir kawan saya melihat dengan kehairahanan.

“ nape pukul tiga pagi buta ni ramai orang pakai kopiah depan umah pak andak aku ”,
getus hati kawan saya.

“ Lalu depan rumah nampak tidak ada apa – apa berlaku , seolah – olah macam kenduri biasa ”.
Ujar munzir kepada saya.

Setiba di KLIA pukul enam pagi, satu panggilan dari bapanya tentang kematian Pan daknya.

“Aik! Tadi tengok ada di depan rumah, mereka duk bersembang siap bergembira sakan ”,

Inginkan kepastian, munzir menelefon Pak Long dan ia membenarkan seperti berita yang disampaikan sebelumnya. Lalu pulang ke rumah dan mengambil cuti untuk urusan jenazah.

Setelah jenazah bapa mereka siap dimandikan, sebelum itu mereka tidak menjirus dan memandikan apatah untuk melihat bapa mereka dimandikan sebagai mandian terakhir.

Setelah dikafankan, sebelum dibaluti mukanya, kebiasaanya anak – anak ataupun waris akan mencium dahi dan muka sebagai penghormatan terakhir. Akan tetapi perkara itu tidak terjadi Cuma si perempuan sahaja.

Di tanah perkuburan.

Tiba di tanah perkuburan untuk dimasukkan ke liang lahad. Beritahu si penggali

“ ada tak sesiapa waris nak turun bawah ni tolong sambut dari bawah? ”.

Tidak seorang pun turun. Munzir agak keberatan pun turut serta.

“mari turun ”,
tidak turun beralasan sakit kaki. Sapa munzir kepada yang sulung. Ia menyedihkan sebenarnya bagi mereka. Itu urusan di tanah perkuburan tengahari tadi.

Malamnya.

Kalau kita kebiasaanya, malam kematian terus diadakan majlis tahlil bagi mendoakan si mati dirahmati serta ditempatkan di tempat orang – orang soleh.

Amat memilukan.

Mereka tidak turut serta dalam majlis tersebut. Munzir bertanya kenapa tidak masuk sekali?.

Jawapannya tidak tahu membaca. Ajakan jua diberi munzir agar sekali duduk dalam majlis itu pun sudah memadai tidak dihirau.

Sudah tidak masuk sekali malah pergi keluar jalan – jalan dengan motor bersama – sama kawan – kawan dikala baru pagi tadi seseorang yang memberi nafkah kepada mereka meninggalkan dunia. Ceritanya sudah dimasukkan RM20k ke setiap poket mereka masing – masing. Allah Akbar

Saya mendengar lalu beristighfar memikirkan masalah ummat yang berlaku di depan mata.

“ Hang tak tegur ka ” saya lontarkan soalan sebagai usaha yang sekelumit ini.

“ Dah berbuih – buih aku cakap, tapi beta ( ada jawapan hendak dibalas maksudnya – kalimah ini tidak terdapat di dalam kamus DBP ) juga diorang ni ” balas munzir.

“ Takpalah hang dah habaq mai kat depa, tugas hang dah selesai. Yang selebihnya urusan depa ”. beritahu saya pada Munzir. Kadang – kadang saya sudah biasa loghat utara walaupun tidak pandai sepenuhnya. Dengan sesiapa pun saya balun tidak kira orang Pahang, Johor dan sebagainya, saya kadang memang begitu.

Apa yang saya maksudkan mereka tadi adalah anak – anak kepada pak Andak yang merupakan bapa saudara Munzir. Bapa kepada mereka ( anak kandung ).

Itu pengajaran yang berguna sebenarnya yang jalan penceritaan sungguh menyedihkan.

Susurnya begini,

Dengan didikan kemewahan yang berlebihan yang diberikan kepada anak – anak tanpa had sempadan. Asas – asas agama kurang dititikberatkan serta nilai manusia tidak diterjemahkan sebagai emak dan bapa kepada anak.

Saya mencadangkan perumpaan demi perumpaan dikongsikan dengan mereka supaya titik kesedaran akan timbul sedikit demi sedikit. Insya Allah

“ kita doakan mudah – mudahan Allah buka hati mereka dengan kehidupan beragama “ sambut saya ketika minum malam di Restoran Szazz Subang Perdana malam tadi.

Dalam hadith dengan jelas menyebut :

“ anak itu mahu jadi apa, bergantung kepada kepada orang tuanya, mahu diberi warna dan arah ke mana anak itu, yang lahir dalam keadaan fitrah ( suci bersih ). – saya petik daripada buku cinta di rumah Hasan Al-Banna Dra. Hj. Wirianingsih

Jelas didikan beragama sejak anak itu dilahirkan begitu penting dikala kemusnahan akhlak dan suasana yang menggerunkan saban hari di depan mata kita sendiri.

Sekadar perkongsian ini bukan ditujukan kepada sesiapa tetapi untuk sang penulis yang lebih dekat ketika menulis sebagai manfaat bersama.

“ Sebaik – baik manusia adalah memberi manfaat kepada orang sekeliling ”

Wallahua'alam bis sowab .

pusingan itu diulang khusus untuk saya..

2 comments:

Ibnurashidi said...

Assalamualaikum,

Semoga anda tabah menghadapi ujian hidup. Innalillahhi wainna ilahi rajiun..

Salam.. kalau kelapangan jemputlah ke blog saya bertukar pandangan dan link Insya'Allah.

Abdul Rahim said...

ilal ibnurashidi: wa'alaikumussalam,
syukran jazilan atas respon. Semoga sbg tanbih bagi diri ana dan kalian.tapi nta siapa? blh tahu,asif jiddan..